Istilah Wang


Sedang aku belajar tentang e-commerce, aku terbaca sebuah artikel di mana istilah wang ialah apabila dua atau lebih indivdu mempercayai sesuatu benda atau perkara lalu memberikannya nilai. Maknanya wang ni bukan dalam bentuk kertas atau syiling sahaja tetapi meluas. Tidak hairanlah jika sesetengah negara pernah menjadikan kulit siput sebagai mata wang. Majoriti pekerja pun tidak mendapat wang dalam bentuk kertas tetapi dalam bentuk angka di dalam akaun bank. 

Misal kata aku ingin membeli sebuah basikal dengan tin kosong lalu penjual tersebut bersetuju. Bermakna nilai tin kosong itu bersamaan dengan sebuah basikal. Di sinilah konsep dimana dua individu mempercayai sesuatu benda lalu memberikannya nilai. Sebenarnya ini juga adalah persamaan dalam penggunaan wang palsu. Wang palsu tiada nilai tetapi apabila dua individu menjalankan proses jual beli lalu si penjual mempercayai wang tersebut maka ia memberikan wang tersebut nilai. 

Secara globalnya, mata wang di setiap negara ada turun naiknya tetapi majoriti percaya bahawa nilai emas tetap kukuh. Emas boleh dijadikan wang alternatif jika berlakunya kemerosotan ekonomi. Wang kertas yang mempunyai angka ini kemungkinan hanya tinggal kertas kosong sahaja. Ianya berlaku apabila taraf hidup terlalu meningkat. Di Malaysia sendiri wang 1 sen telah dilupuskan dan nilai minima sesuatu barang ditetapkan dengan harga 5 sen ke atas. 

Jika dilihat pada evolusi sistem kewangan ini, ianya memberi kelebihan kepada kita. Contohnya perniagaan online dan perbankan online. Paypal adalah antara sistem perbankan online pertama di dunia dan memberi perkhidmatan secara global. Di Malaysia pula, sistem perbankan online yang berkembang seperti Maybank2u, CIMB Click dan sebagainya dapat permudahkan urusan di dalam negara.













Peluang Kedua


Perit rasanya bila terlalu hampir dengan ajal. Begitulah yang terjadi padaku dua tahun yang lalu selepas diserang demam denggi. Aku dimasukkan ke hospital pada malam hari lahirku dan kebetulannya besoknya adalah hari perkahwinan abangku. Teringat pula kata-kata cikgu aku dulu bahawa hari kelahiran mungkin akan bertukar menjadi hari kematian seseorang. 

Badanku lemah dan mukaku pucat. Beberapa hari sebelum tu aku demam di hostel. Aku sangka demam biasa dan mungkin akan sihat selepas makan panadol. Aku pulang ke kampung pun untuk hadiri majlis perkahwinan abang aku. Melihat keadaan demamku yang semakin teruk, aku dihantar ke klinik untuk rawatan dan di situlah aku disyaki menghidap demam denggi. Doktor tersebut mengarahkan aku dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan. 

Sepanjang dihospital, sampel darahku diambil berkali-kali untuk pengujian. Mak aku yang menjaga aku turut tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan abangku. Hanya ayah aku dan saudara terdekat yang hadir. Aku mengerti perasaan family ku tapi qada dan qadar tak dapat dielakkan. Terus terang aku terasa bersalah dengan apa yang terjadi. 

Saat paling kritikal bila mataku terus gelap. Suara hati mengatakan mungkin ajalku telah tiba dan kemudiannya aku langsung tidak sedarkan diri. Aku tersedar setelah dikejutkan doktor. Melihat sekeliling, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Seminggu juga aku dimasukkan ke hospital dan aku mengambil masa hampir 2 bulan untuk sihat sepenuhnya. Mungkin terdapat hikmah atas kejadian ini dan tugasku didunia masih belum selesai. Aku nasihatkan sama-samalah kita menjaga kebersihan. Beringat sebelum kena.









Playstation R.I.P


Cerita ni taklah baru tapi memang harus dijadikan ikhtibar dalam mendidik anak-anak. Mengikut laporan akhbar Seorang budak berusia empat tahun menembak ayahnya hingga mati setelah menolak untuk membelikannya sebuah PlayStation. Kejadian ni dikatakan berlaku Arab Saudi dari daerah Jizan selatan. Sampai macam tu kelakuan anak-anak. Siapa yang bersalah sebenarnya ni? Anak-anak, Ibu bapa, atau Syarikat Sony yang membangunkan permainan tu? Pada pendapat akulah, semua harus mengambil peranan. Ibu bapa harus mendidik anak-anak dan cuba hindari mereka dari terpengaruh dengan gejala negatif. Sony sendiri sebenarnya telah menghadkan usia yang bersesuaian untuk bermain permainan ni tapi ramai di antara kita mengambil mudah. 

Lainlah pulak cerita tentang family aku. Ayah aku dalam usia lewat 40an memang taksub bermain Playstation. Game yang jadi kegemaranya ialah 'Needs for Speed'. Bukan sebab game tu berbentuk racing tapi disebabkan aksi melanggar kereta polis. Mujurlah orang tua pandai berfikir. Kalau budak-budak, nanti tak pasal-pasal kereta polis betul yang diorang hentam. Kadang-kadang tu sakit hati jugak coz time aku nak tengok tv, time tu la dia nk on Playstation. Kalau difikirkan balik, memang salah aku dengan abang aku. Kami yang suruh dia cuba sampai ke tahap terlalu expert. Zaman ayah aku dulu memang tak pernah wujud benda macam ni. Bila benda ni lahir pulak usia dah tua jadi keinginan nak mencuba tu ada.


KFC Tercemar


Macam-macam cerita kita dengar pasal KFC ni kan? Pasal bergaduh dengan pelanggan di ICT. Ayam dicalit dekat tapak kasut. Eeee, kotor tu. Barang makanan boleh pulak di buat macam tu. Kalau korang buat untuk korang makan sendiri tak kisah la tapi ni untuk customer. Haram tau tak. Kalau ada yang masih belum tengok video tu meh tengok di bawah ni.



Tapi ni baru di Malaysia. Di tempat lain pulak,

"SYDNEY, Australia – Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar."
- Sumber Harian Metro Online

Sampai macam tu kesan pemakanan KFC? Kesian budak tu tapi aku taklah tuduh KFC bersalah. Mungkin segelintir cawangan je yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. KFC kan syarikat yang besar. Seharusnya diorang melakukan pemantauan dari peringkat atas hinggalah kebawah bagi mengelak perkara yang tak di ingini. 

Godek punya godek internet, terjumpa pulak laman web ni yang betul-betul anti dengan KFC. www.kentuckyfriedcruelty.com Laman web ni banyak protes pasal cara ternakan ayam dan cara ia di sembelih. Kalau di Malaysia, sembelihan tu hendaklah berdasarkan syariat Islam. Makanan halal bukan merujuk pada sembelihan je, ianya merangkumi jugak pada cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan.

SEGMENT : SERIOUS FOLLOW BACK


Aku sebenarnya  tak berapa faham pasal segment yang owner blog ni buat. Tapi lepas aku baca baru aku tahu yang segment ni untuk tambah followers & menarik traffik ke blog sesiapa yang join atau secara ringkasnya cara mudah mendapat ramai follower.  Perkara yang menarik minat aku bukanlah pasal followers ni, tapi pasal hadiah yang ditawarkan iaitu kamera lomo. Lomography ni  sejenis seni photography yang unik dan menjadi kegilaan remaja. Kenapa aku sukakan kamera lomo ni? 


Inilah sebabnya. Karakter Tsukasa iaitu watak utama tv series Kamen Rider Decade menggunakan kamera lomo sebagai peneman dan medium dalam pengembaraannya di dunia lain. Best sebenarnya cerita ni dan kalau nak tahu lebih lanjut, korang layan sendiri. tak banyak pun. 31 episod je. 

untuk ini aku tagkan blog member yang menjemput
aku untuk join dan member lain yang dah join.
yang tak tinggal link ke segmen tak dapat la di tag.


Sila follow sebelum komen mintak di follow!


Teksi Bermeter



Dalam Harian Metro hari ni ada keluar artikel mengenai 'Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km'. 

"J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20."
-sumber Harian Metro Online

Sekali gus ini membuktikan teksi Malaysia setaraf dengan pesawat penumpang kelas eksekutif. 3km je pun kenapa mahal sangat? Tak kiralah pelancong asing mahupun rakyat tempatan, pemandu teksi seharusnya berlaku jujur. Jagalah sikit maruah negara.

Pernah jugak beberapa kali aku naik teksi yang tak pasang meter. Harga diletakkan RM15. Kalau guna meter baru RM5-RM6 je. Geram betul lah. Kalau nak cari rezeki tu biarlah dengan cara yang halal. Senario ni selalu berlaku di Kuala Lumpur. Harap-harap kerajaan terus mengambil tindakan tegas terhadap pemandu teksi yang sebegini.

Sebenarnya aku ada nak buat report tapi rasa kesian. Ialah, tu kan periuk nasi diorang untuk sara keluarga. Tapi diorang jugak yang meletakkan pasir dalam periuk nasi sendiri. Wahai pemandu teksi, beringatlah sebelum kena.

Master 4D


Flyers ni sampai ke pagar rumah aku beberapa hari yang lepas. Terkejut bila baca isi kandungan flyers ni. Aku ingat pasal ajaran buddha ke ape. Rupanya pasal nombor ekor 4D siap ada master yang jadi perantara. Boleh jadi jutawan segera ni. Tapi sebagai seorang islam aku tak mudah terpengaruh. Dah lah dapat dosa berjudi, dosa syirik pun dapat. Kaya dengan cara yang dimurkai Allah hukumnya haram. Duit tu pun akan jadi darah daging bawa ke mati. Aku pelik macam mana flyers macam ni boleh terlepas ke kawasan perumahan melayu. Malah ada translate ke bahasa melayu seperti ada sesuatu yang tersirat. Kalau bahasa cina tu tak kisahlah mungkin budak yang kasi flyers ni pakai hantar ja. Harap-harap lepas ni pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan demi menjaga akidah umat islam.

Homeless

Antara pengalaman yang tidak boleh aku lupakan ialah mengikut seorang teman menjejaki homeless di serata Kuala Lumpur. Sebenarnya ini adalah tugasan kerja khususnya tapi tak salahkan kalau aku turut serta? Pelbagai peringkat umur dan bangsa hidup sebegini malahan bayi juga tidak terkecuali. Kami menjejaki dari tempat tidur sehinggalah ke tempat-tempat aktiviti harian mereka .  

Dimana tandas dan bilik air mereka? 
Ramai diantara golongan ni menjadikan jejantas, longkang atau lorong-lorong sempit sebagai tempat membuang sisa najis.

Bagaimana dengan aktiviti harian mereka?
Majoriti diantara mereka hidup mengemis dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan punca rezeki inilah mereka membeli keperluan harian. Tapi jangan terkejut, pendapatan pengemis ni adakalanya boleh mencecah RM100 hingga RM300 sehari.

Kenapa mereka menjadi begini?
Ramai diantara mereka tidak berkemampuan untuk membeli atau menyewa rumah, pesakit mental, cacat upaya, dan dibuang keluarga contohnya seperti warga tua dalam gambar diatas.  Tiada pekerjaan turut menjadi penyumbang terhadap masalah ini.



Dialog Box



Masa tengah bosan, aku ada melukis kartun dan kartun ni masih belum berdialog. Sebenarnya aku tak ada idea untuk cari jalan cerita waktu tu.  Aku melukis sekadar suka-suka. Karakter yang aku lukis dalam kartun ni semuanya unik dan datang dari imaginasi aku sendiri. Comel kan?



Kalau aku dapat siapkan agak-agak boleh terjual tak? Mana tahu kalau boleh dijadikan job parttime kan. Tapi untuk menjadi kartunis sebenar harus mempunyai bakat. Mungkin aku berbakat tapi bakat aku terlalu kecil kalau dibandingkan dengan katunis lain. Walau apapun, aku enjoy dengan artwork aku. Biarlah kalau orang nak gelakkan aku yang penting aku puas hati.

Boucer Buku 1M


Ramai para siswa dan siswazah seronok bila dapat Boucer Buku 1 Malaysia dengan nilai RM200. Boucer ni dikeluarkan untuk pembelian buku dan alat tulis untuk membantu pembelajaran. Tapi ramai pula yang salah guna beli benda lain termasuklah aku sendiri.


Mana taknya, aku dapat baucer ni pun lepas dah habis praktikal jadi buku ape lagi aku nak beli? Jadi aku singgahlah ke kedai buku Popular untuk menghabiskannya dengan membeli barang komputer dan macam-macam lagi bagi mencukupkan nilai RM200. Bagaimanapun aku hanya dapat menggunakan RM150 di Popular. Baki RM50 aku berikan pada abah aku dan dihabiskan di Hasani.


Kalau aku masih belajar, RM200 ni sebenarnya tak cukup. Satu buku pun dah berharga antara RM70-RM300. Mahalkan? Apa pula akan terjadi jika boucer ni dapat ditunaikan? Mesti ramai yang berfoya-foya atau shopping dengan duit tersebut.