Bandung aku datang....


Julung kalinya aku berjaya mengeluarkan kaki dari bumi Malaysia. Destinasinya Bandung. Awal-awal tu memang teruja, tapi bila dah sampai sana tak banyak beza pun dengan Malaysia. Bahasa tempatan yang diorang gunakan mudah faham. Dalam 30 patah yang diorang cakap, lebih kurang sepatah dua je yang perlu dirujuk kamus. 

Bandung aku datang

Orang Malaysia ni bila sampai di Bandung semua dianggap kaya. Almaklum la sampai sana kebanyakan untuk bershopping. Duit dibawa dari Malaysia pada asal beratus dah bertukar berjuta. Maksudnya kebanyakan pelancong Malaysia ke sana hampir kesemua bergelar jutawan. Kalau di tengok sistem jalan raya diorang memang takut sebabnya terlalu berasak-asak langsung tak sama seperti Malaysia. Motorsikal pulak mencelah ikut suka je. 

Bandung aku datang

Waktu Bandung dengan Malaysia bezanya sejam. Kalau Malaysia pukul 7, waktu di Bandung pula pukul 6. Bila diterangkan oleh pemandu pelancong, rupa-rupanya waktu di Indonesia tidak selaras seperti di Malaysia. Indonesia mempunyai tiga waktu berbeza dan waktu yang diguna pakai oleh aku di sana adalah waktu Bandung. 

Bandung aku datang

Kebanyakan kedai beroperasi hanya sehingga pukul 10 malam waktu Bandung. Kalau atas pada waktu tersebut nak merayau-rayau, memang tak ada lokasi menarik Yang ada hanyalah gerai-gerai kecil yang menjual bakso atau apa sahaja makanan tempatan. Jadi waktu tersebut aku sekeluarga mengambil keputusan untuk bersantai di hotel sementara menunggu pagi.

Bandung aku datang

Aku mahu terbang


Malu nak mengaku tapi inilah kebenarannya. Julung kalinya aku dapat menaiki kapal terbang dengan destinasinya ke Bandung. Awal-awal masa nak berlepas tu ada la jugak perasaan takut tapi takde la setakut naik roller coaster sampai peluh merecik. Bila dah stabil di udara, semuanya tenang, tak ubah macam naik bas. Cuma yang aku tak puas hati naik Air Asia ni sebab tempat duduk sempit. Mujurlah perjalanan 2 jam, kalau lebih memang kejang otot. Layanan pramugara dan pramugari semua mesra. Insyaallah kalau diberi peluang lagi, ini bukanlah kali terakhir aku menaiki kapal terbang. Mungkin suatu hari nanti aku akan terbang ke tempat yang lebih jauh. Barangkali aku akan terbang bagi menunaikan haji atau umrah. Insyaallah.

Aku mahu terbang
Aku mahu terbang

Siapa bilang jejaka melayu tak pandai memasak?


Dah berbulan sebenarnya aku tak sentuh kuali atau lebih mesra digelar sebagai belanga ni. Tetiba pulak beberapa hari lepas rasa rajin nak memasak. Bahan-bahan tak banyak. Yang ada sosej dengan nasi sejuk. Jadi aku siapkan sedikit bahan campuran lain maka jadilah nasi goreng sosej. Tak de la sedap sangat. Tapi kira ok la kan dari sesetengah tu yang pandai masak air je. Paling penting dapat mengisi perut yang kelaparan.

nasi goreng

Entry ini tidak panjang


Akhirnya telah masuk tahun 2013. Aku pun tak nak membebel panjang. Selalunya entry yang panjang ni bukan fully orang akan baca. Kalau semua tulisan berisi tak pe gak kan? Ni habis semua haru-biru. Bukan orang yang membaca je tak paham, penulis sendiri pun paham. Tujuan aku menulis entry ni sekadar mahu ucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Kalau aku tulis panjang-panjang karang dah jadi perutusan pulak. Jadi baik aku ringkaskan sependek mungkin. Azam aku tahun ni biarlah rahsia. Bukan apa, takut tak tercapai nanti malu lak sebab dah heboh. Apa-apa pun, semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya.

Simpton merapu


Bila dah bosan mula la nak merapu. Sembang pun cakap benda tak berfaedah. Tapi sebenarnya merapu ni adalah bakat yang terpendam. 

Percaya atau tidak bakat merapu ni boleh dijadikan titik permulaan untuk kerjaya yang sukar. Antaranya wartawan gosip, deejay radio, dan pelawak. Kalau berkelulusan master, phd atau segala bagai pun belum tentu layak untuk pegang jawatan tu kalau tak pandai merapu. Siapa nak dengar deejay radio yang serius melainkan segmen berita atau ramalan kaji cuaca. Wartawan gosip pun tak ada apa nak digosipkan kalau tak pandai merapu. Kalau pelawak pulak asyik tercengang atas pentas tak tahu apa nak dilawakkan.

Rupanya penting jugak merapu ni kan? Artikel aku yang ni pun merapu jugak sebab tak ada idea nak tulis. At least ni penulisan terakhir aku sebelum masuk tahun baru. Kalau dipanjangkan umur, banyak lagi artikel aku yang merapu di tahun depan. Tak tahulah kalau korang sanggup baca ke tak.

2013, aku datang


2012 dah hampir berakhir. Suka-duka memang adat dalam kehidupan. Antara perkara terbaik dalam hidup aku sepanjang tahun ni ialah.

  • Berjinak jadi Blogger- Terima kasih kawan-kawan yang sering memberi tunjuk ajar dan menyokong aku dalam usaha mengenal apa itu blog. Bangga betul aku kenal korang.
  • Cashout churp churp- Tahun ni aku mengenal apa itu churp churp dan tahun ni jugak aku dapat cashout. Tapi rasanya tu adalah kali terakhir sebab dah malas.
  • Earning nuffnang- Earning dah lebih dari cukup tapi sengaja lengahkan cashout sebagai tabung untuk tahun depan.
  • Dapat kereta pertama- Seperti entry sebelum ni, aku gembira mendapat kereta baru walaupun 2nd hand. Insyallah kalau ada rezeki tahun depan tukar baru.
  • Konvo- Saat dinanti ramai pelajar kolej dan universiti dimana aku sendiri telah berjaya mendapatkan segulung ijazah.
Ada lagi peristiwa yang remeh-remeh tapi tak perlu la disebut. Agak bermakna tahun ni. Insyallah kalau dipanjangkan umur, tahun depan banyak lagi benda yang bakal ditempuhi. Mana la tahu tahun depan dipertemukan jodoh pulak. Blog ni pun aku akan cuba improve. Yang lepas tu biarkan berlalu. Buku lama dah nak tutup, kita buka buku baru. 

Akhirnya aku dapat passport


Dah lama sebenarnya aku nak buat passport ni tapi tak berkesempatan. Akhirnya hari ni berjaya jugak aku mendapatkan passport. So, lepas ni takde la halangan untuk aku ke luar negara. Walaupun duit aku melayang RM100 semata-mata untuk dapatkan passport tersebut, rasanya agak berbaloi sebab boleh guna selama 2 tahun. Tujuan aku buat passport ni bukan apa, sebenarnya aku dalam perancangan untuk bercuti ke Indonesia. Kebetulan pulak aku diberi peluang untuk bercuti bersama family under company yang ayah aku kerja sekarang. Sedikit sebanyak dapat la aku berjimat sebab segala tiket flight, hotel, makan minum semua ditanggung. Walaupun agak kecewa menunggu berjam-jam tadi, tapi aku ucapkan tahniah kepada imegresen kerana dapat siapkan semuanya dalam masa 1 hari.


Senyum dan Ketawa


Walaupun kita berbicara dalam bahasa yang berbeza, namun kita akan ketawa dalam bahasa yang sama. Dunia yang kita cintakan ini hiasilah ia dengan senyuman. Mungkin adakalanya kita tersenyum hanya sekadar untuk menutup kekecewaan, namun sekurang-kurangnya senyuman kita berharga bagi membahagiakan orang lain. Menangis pula bukanlah sesuatu yang salah, asalkan ianya tidak tidak dibazirkan untuk sesuatu yang sia-sia. Tidak dinafikan suka-duka adalah corak kehidupan, namun kita berhak memilih corak apa yang kita mahukan. Insyaallah, jika korang memberi aku senyuman, akanku balas semula dengan senyuman. Biarpun berbeza latar belakang, pada aku kita semua tetap sama. 


Sandy....



Minggu ni nama Sandy betul-betul popular. Kalau korang peminat setia Spongebob, mungkin korang kenal Sandy Cheeks ( Satu-satunya tupai yang tinggal dalam laut ). Sandy yang popular minggu ni sebenarnya bukanlah Sandy Cheeks, tapi taufan Sandy. Asal bukak tv je mesti keluar cerita pasal taufan tersebut. Memang ganas sampai Bandar New York terus lumpuh. Apa-apa pun bencana alam ni adalah ujian dari Allah. Secanggih mana pun teknologi yang kita ada tetap tak boleh melawan kekuasaan tuhan. Mudah-mudahan negara kesayangan aku ni terhindar dari sebarang bencana dan terus aman dan makmur.

Korban datang lagi


Letih... tapi bersyukur kerana berjaya membantu melaksanakan ibadah korban. Walaupun korban tersebut bukan dilaksanakan oleh aku sendiri, aku tetap berbesar hati untuk memeriahkan ibadah tersebut serta membantu apa yang patut. Insyallah kalau ada rezeki tahun-tahun yang mendatang, aku sendiri yang akan ambil bahagian. Rezeki daging korban yang aku dapat tahun ni agak banyak, dalam perancangan besok atau lusa nak buat BBQ. Kalau harapkan nak buat gulai, 2-3 minggu lagi pun belum tentu habis. Bahagian lembu yang paling aku suka ialah kaki. Memang best kalau kaki lembu dibuat sup. Tapi cara memproses pulak yang susah. Jadi aku serahkan tugas tersebut pada pakar (ayah aku sendiri). Daging lembu ni banyak kolestrol, jadi aku nasihatkan sama-samalah kita menjaga kesihatan. Nampak gaya bertambah lagi la berat aku lepas ni. Selamat hari raya semua.

Korban datang lagi