Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Karya Dari Botol


Uniknya penghasilan karya dari botol dan pasir ini. Mamat arab di Pasar Seni ini menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Aku sendiri berasa kagum dengan cara ia disiapkan. Satu botol dijual dengan harga diantara RM30 - RM75. Hanya mereka yang berbakat dan terlatih boleh melakukan hasil seni sebegini

KL Kota Kesenangan

Kuala Lumpur sememangnya bandaraya yang pesat membangun dan penuh dengan kemewahan. Tetapi, adakah kita sedar disebalik kemewahan tersebut terdapat rakyat yang termiskin di Malaysia. Sepanjang kehidupan aku di sana, ramai yang aku lihat merempat di lorong-lorong gelap, bawah jambatan, dan juga ditepi laluan orang ramai. Ada diantara mereka yang sihat masih mampu bekerja dan ada juga yang cacat kurang upaya. Lebih memilukan ketika aku melihat anak kecil turut sama mengalami nasib sebegitu. Apakan upaya tidak mampu untuk aku membantu mereka. Sememangnya aku bersyukur kerana walaupun pendapatanku tidak seberapa, aku masih boleh tinggal di dalam rumah dan makan ketika lapar. Mereka juga banyak menyedarkanku. Jika kamu ingin mencari seseorang yang benar-benar kaya, carilah di Kuala Lumpur. Jika kamu ingin mencari seseorang yang benar-benar susah, carilah juga di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur sememangnya kota untuk mencari rezeki yang hebat, tetapi disebalik kehebatan itu tersembunyi seribu satu kesusahan yang kita sendiri tidak dapat mengungkai.