Orang Lidi


Teringat lagi masa sekolah tadika aku sering melukis orang lidi. Itulah seni yang terawal yang pernah aku hasilkan. Tak kreatif ke melukis orang lidi? Sebenarnya lukisan orang lidi ni lebih mudah untuk menyampaikan maklumat apa yang ingin disampaikan. Ianya cukup ringkas. Lagipun bukan kesemua manusia berbakat untuk melukis.

Orang lidi sebenarnya menjadi asas terhadap setiap lukisan yang cantik di dunia. Bukti ini diperkuatkan dengan penghasilan kerangka sebelum menghasilkan sebarang lukisan. Bulatan dan garisan menjadi asas utama ataupun tiang terhadap lukisan-lukisan hebat. Jika kita hanya menghasilkan satu titik, ianya juga boleh dikatakan seni cuma ianya dibataskan oleh penerimaan umum. Lukisan teragung juga tidak semestinya dapat diterima oleh umum.

Manusia purbakala juga telah mula menghasilkan seni dengan melukis orang lidi di atas batu dan dinding gua. Setelah jutaan tahun, lukisan yang ringkas tersebut dianggap terlalu berharga dan menjadi tumpuan ramai. Jika seorang selebriti yang terkenal hanya melukis garisan di atas sehelai kertas, kertas tersebut boleh menjadi lukisan yang berharga ribuan malah jutaan ringgit. Jelaslah bukan kesemua lukisan memerlukan kreativiti yang tinggi. 



7 yang bergurau:

Rulita.park berkata...

hahha satu lagi gambar yang pemandangan ada gunung tengah tegah nya ada mata hari lalu ada burung di atas nya hahha :D :D habis tu gambar rumah hanya kotak dan segitiga ckckkck :D

Unknown berkata...

haha.. yg simple gitu...

suebee berkata...

tak leh nak klik kat shoutbox awak lerr..dey..nak karipap,gi amik resepi kat blog sue..pastu bila dah jadi karipap tuh, tlg hantar separuh kat sue,okey..wakakakaka...

Unknown berkata...

huh... mls wat sndri...

Lina berkata...

hak2..org lidi... comel apa

Kekzamanis berkata...

Lidi pun lidi lah.. Kreatif ape? ;)

Unknown berkata...

ha ah... comel la walau skadar garis..