Master 4D


Flyers ni sampai ke pagar rumah aku beberapa hari yang lepas. Terkejut bila baca isi kandungan flyers ni. Aku ingat pasal ajaran buddha ke ape. Rupanya pasal nombor ekor 4D siap ada master yang jadi perantara. Boleh jadi jutawan segera ni. Tapi sebagai seorang islam aku tak mudah terpengaruh. Dah lah dapat dosa berjudi, dosa syirik pun dapat. Kaya dengan cara yang dimurkai Allah hukumnya haram. Duit tu pun akan jadi darah daging bawa ke mati. Aku pelik macam mana flyers macam ni boleh terlepas ke kawasan perumahan melayu. Malah ada translate ke bahasa melayu seperti ada sesuatu yang tersirat. Kalau bahasa cina tu tak kisahlah mungkin budak yang kasi flyers ni pakai hantar ja. Harap-harap lepas ni pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan demi menjaga akidah umat islam.

7 yang bergurau:

Kitty berkata...

Oooo so ni la topik yg boleh buat jadi kaya ni :D hehehee Waaa, best la flyer tu, siap ada dalam bahasa Melayu pulak tu. Nasib dia tak tulis dalam bahasa Tamil ye? Ehehe.

Hmm pihak berkuasa memang kena rajin buat spot check, takut benda macam ni tersebar luas dan mempengaruhi orang Melayu.

5zol berkata...

haha.. kitty mau cuba ka?

Kitty berkata...

Boleyy, tapi 5zol kena cuba dulu :p

5zol berkata...

dosa.. x sggup..

ecadwinkyasha berkata...

haha..kat sabah,siap ada yg jual flyers dgn deretan nmbr2 yg mungkin bertuah...dah kena bomoh kata si penjual..rm1 sekeping.haha

5zol berkata...

wah mhlnye.. bley plak cri duit cara cmtu ek...

Muzamil Wanie berkata...

Aq br terkena .menyesal .tp apa boleh buat kebodohan sendiri