Simpton merapu


Bila dah bosan mula la nak merapu. Sembang pun cakap benda tak berfaedah. Tapi sebenarnya merapu ni adalah bakat yang terpendam. 

Percaya atau tidak bakat merapu ni boleh dijadikan titik permulaan untuk kerjaya yang sukar. Antaranya wartawan gosip, deejay radio, dan pelawak. Kalau berkelulusan master, phd atau segala bagai pun belum tentu layak untuk pegang jawatan tu kalau tak pandai merapu. Siapa nak dengar deejay radio yang serius melainkan segmen berita atau ramalan kaji cuaca. Wartawan gosip pun tak ada apa nak digosipkan kalau tak pandai merapu. Kalau pelawak pulak asyik tercengang atas pentas tak tahu apa nak dilawakkan.

Rupanya penting jugak merapu ni kan? Artikel aku yang ni pun merapu jugak sebab tak ada idea nak tulis. At least ni penulisan terakhir aku sebelum masuk tahun baru. Kalau dipanjangkan umur, banyak lagi artikel aku yang merapu di tahun depan. Tak tahulah kalau korang sanggup baca ke tak.

2013, aku datang


2012 dah hampir berakhir. Suka-duka memang adat dalam kehidupan. Antara perkara terbaik dalam hidup aku sepanjang tahun ni ialah.

  • Berjinak jadi Blogger- Terima kasih kawan-kawan yang sering memberi tunjuk ajar dan menyokong aku dalam usaha mengenal apa itu blog. Bangga betul aku kenal korang.
  • Cashout churp churp- Tahun ni aku mengenal apa itu churp churp dan tahun ni jugak aku dapat cashout. Tapi rasanya tu adalah kali terakhir sebab dah malas.
  • Earning nuffnang- Earning dah lebih dari cukup tapi sengaja lengahkan cashout sebagai tabung untuk tahun depan.
  • Dapat kereta pertama- Seperti entry sebelum ni, aku gembira mendapat kereta baru walaupun 2nd hand. Insyallah kalau ada rezeki tahun depan tukar baru.
  • Konvo- Saat dinanti ramai pelajar kolej dan universiti dimana aku sendiri telah berjaya mendapatkan segulung ijazah.
Ada lagi peristiwa yang remeh-remeh tapi tak perlu la disebut. Agak bermakna tahun ni. Insyallah kalau dipanjangkan umur, tahun depan banyak lagi benda yang bakal ditempuhi. Mana la tahu tahun depan dipertemukan jodoh pulak. Blog ni pun aku akan cuba improve. Yang lepas tu biarkan berlalu. Buku lama dah nak tutup, kita buka buku baru. 

Akhirnya aku dapat passport


Dah lama sebenarnya aku nak buat passport ni tapi tak berkesempatan. Akhirnya hari ni berjaya jugak aku mendapatkan passport. So, lepas ni takde la halangan untuk aku ke luar negara. Walaupun duit aku melayang RM100 semata-mata untuk dapatkan passport tersebut, rasanya agak berbaloi sebab boleh guna selama 2 tahun. Tujuan aku buat passport ni bukan apa, sebenarnya aku dalam perancangan untuk bercuti ke Indonesia. Kebetulan pulak aku diberi peluang untuk bercuti bersama family under company yang ayah aku kerja sekarang. Sedikit sebanyak dapat la aku berjimat sebab segala tiket flight, hotel, makan minum semua ditanggung. Walaupun agak kecewa menunggu berjam-jam tadi, tapi aku ucapkan tahniah kepada imegresen kerana dapat siapkan semuanya dalam masa 1 hari.


Senyum dan Ketawa


Walaupun kita berbicara dalam bahasa yang berbeza, namun kita akan ketawa dalam bahasa yang sama. Dunia yang kita cintakan ini hiasilah ia dengan senyuman. Mungkin adakalanya kita tersenyum hanya sekadar untuk menutup kekecewaan, namun sekurang-kurangnya senyuman kita berharga bagi membahagiakan orang lain. Menangis pula bukanlah sesuatu yang salah, asalkan ianya tidak tidak dibazirkan untuk sesuatu yang sia-sia. Tidak dinafikan suka-duka adalah corak kehidupan, namun kita berhak memilih corak apa yang kita mahukan. Insyaallah, jika korang memberi aku senyuman, akanku balas semula dengan senyuman. Biarpun berbeza latar belakang, pada aku kita semua tetap sama. 


Sandy....



Minggu ni nama Sandy betul-betul popular. Kalau korang peminat setia Spongebob, mungkin korang kenal Sandy Cheeks ( Satu-satunya tupai yang tinggal dalam laut ). Sandy yang popular minggu ni sebenarnya bukanlah Sandy Cheeks, tapi taufan Sandy. Asal bukak tv je mesti keluar cerita pasal taufan tersebut. Memang ganas sampai Bandar New York terus lumpuh. Apa-apa pun bencana alam ni adalah ujian dari Allah. Secanggih mana pun teknologi yang kita ada tetap tak boleh melawan kekuasaan tuhan. Mudah-mudahan negara kesayangan aku ni terhindar dari sebarang bencana dan terus aman dan makmur.

Korban datang lagi


Letih... tapi bersyukur kerana berjaya membantu melaksanakan ibadah korban. Walaupun korban tersebut bukan dilaksanakan oleh aku sendiri, aku tetap berbesar hati untuk memeriahkan ibadah tersebut serta membantu apa yang patut. Insyallah kalau ada rezeki tahun-tahun yang mendatang, aku sendiri yang akan ambil bahagian. Rezeki daging korban yang aku dapat tahun ni agak banyak, dalam perancangan besok atau lusa nak buat BBQ. Kalau harapkan nak buat gulai, 2-3 minggu lagi pun belum tentu habis. Bahagian lembu yang paling aku suka ialah kaki. Memang best kalau kaki lembu dibuat sup. Tapi cara memproses pulak yang susah. Jadi aku serahkan tugas tersebut pada pakar (ayah aku sendiri). Daging lembu ni banyak kolestrol, jadi aku nasihatkan sama-samalah kita menjaga kesihatan. Nampak gaya bertambah lagi la berat aku lepas ni. Selamat hari raya semua.

Korban datang lagi

Conteng lagi


Masa kecik dulu aku selalu conteng dinding rumah. Masa sekolah pulak selalu conteng tandas. Sekarang dah besar, tempat paling sesuai untuk menconteng adalah di alam maya. Sebenarnya menconteng ni bukannya hobi, sekadar memberi kepuasan. Puas apabila orang melihat dan membaca contengan aku. Tapi disebalik contengan tu pasti ada risikonya. Kalau conteng dinding rumah, kena tampar dengan mak ayah, conteng tandas sekolah kena rotan dengan cikgu, silap contengan alam maya jadi buruan jenayah siber. Pada aku, setiap contengan tu boleh dianggap seni. 

Contengan adalah seni yang mudah untuk luahkan perasaan dan diri kita yang sebenar. Tidak kesemua kita sukakan sesuatu yang baik dan elok. Ada juga perkara yang tak baik lagi kita suka. Semua tu normal sebab manusia dikurniakan akal dan nafsu. Conteng di tempat terlarang adalah sebahagian dari nafsu kita. Tak kisahlah nak conteng mana pun asalkan tak mengaib dan menyusahkan orang sudah. Sebut pasal contengan ni, mesti ramai yang tahu tentang seni grafiti. Dahulunya grafiti hanya dianggap jenayah vandalisme, namun kini ia dianggap salah satu seni yang dikagumi. Contengan tak memerlukan modal yang besar, cukup sekadar pen atau pensil. Keyboard pun boleh digunakan. Mungkin orang ingat menconteng ni perlu melukis. Sebenarnya tak perlu. Guna teks pun dah cukup.


Yes, Cashout Nuffnang!


Cashout Nuffnang

Akhirnya aku berjaya mencapai saat-saat yang ditunggu oleh kebanyakan bloggers Malaysia iaitu tidak lain dan tidak bukan, cashout Nuffnang. Minimum pembayaran dari nuffnang adalah RM50. Bermakna dengan angka diatas tu sememangnya aku layak untuk mendapatkan cek dari nuffnang. Sebelum ni aku dah pernah dapat cek dari churp-churp. Alhamdulillah rezeki masih belum putus. Kalau korang perasan print skrin di atas tu, aku tak pernah sekalipun dapat BE. Keseluruhan pendapatan dri CPC. Aku tak ada guna sebarang trick untuk paksa orang klik. Mungkinlah ada sekali dua visitors datang cakap "Hi, saya dah klik iklan awak. Jemput klik semula." Aku yang rasa serba salah ni pun membalas klik tersebut. Majoriti yang lain semua klik secara ikhlas. Buat masa ni aku nak lambatkan cashout biar tinggi sikit sebab setiap kali transaksi nuffnang akan cas RM1. Rasa membazir pulak kalau asyik bayar cas tu. Selain dari nuffnang, aku dah raih pendapatan extra dengan sewa space iklan dalam blog. Tak ada la banyak sangat, sekadar boleh menampung topup hanset bulan-bulan je.

Why so serious?



Dalam bergurau ni, jangan la terlalu ambil serius sebabnya gurauan sebenarnya untuk hiburkan hati. Tapi gurauan tu ada juga batasnya. Kalau sampai menjatuhkan martabat orang lain, siapa yang tak marah kan? Sesetengah individu ni memang tak boleh dibawa bergurau. Asyik nak gaduh je. Jadi seelok-eloknya kita jauhkan diri dari bergurau dengan orang macam tu.

Pernah sekali aku bergurau dengan pak cik yang jaga tandas awam. "Berapa posen nak masuk tandas ni pak  cik?". Pak cik tu menjawab 30 sen. Aku tanya lagi sekali, " Dua posen boleh tak?". Tiba-tiba je aku kena marah. Amboih, bergurau je pun dah kena sembur. Tapi aku tak ambik kisah pun. Nampaknya pak cik ni betul-betul tegas dalam menjalankan tugas sampai langsung tak senyum.

Siapa yang tak nak hidup happy dan ceria kan? Jadi sama-samalah kita lemparkan senyuman, jaga adab berkawan. Hidup ni tak boleh terlalu serius, nanti besok-besok tak ada siapa yang ambik peduli tentang kita.

Kenapa aku buang iklan Nuffnang?



Ada yang tanya, kenapa aku dah buang iklan nuffnang dalam blog ni? Dah putus asa ke apa? Untuk pengetahuan, terdapat beberapa blog yang aku wujudkan tapi yang paling aku monitor ialah Blog Ketegaq. Untuk Blog Ketegaq, Alexa rank dah kurang dari sejuta dan traffik UV semakin naik disebabkan beberapa teknik SEO yang aku gunakan. Blog ni pulak aku lebihkan untuk peribadi. So, kalau korang jumpa nama 5zol tapi link berbeza antara dua blog ni jangan pulak terkejut. Memang dalam dunia blog ni rasanya aku sorang je yang guna trademark 5zol. 

Blog personal ni aku jarang update coz tak ada idea tapi lebih friendly. Sakit demam, visitor yang blog walking sini selalu ambil berat. Berlainan pulak dengan blog berkonsepkan news n media iaitu Blog Ketegaq yang aku bangunkan. Kebanyakan yang singgah sekadar touch n go. Terima kasih sangat pada kawan-kawan yang selalu singgah sini walaupun jarang ada benda untuk dikongsi. Minta maaflah juga kalau ada kunjungan tak terbalas. Kalau ada link yang mencurigakan di Shout Box, memang jangan haraplah aku nak klik.

Betul ke Churp Churp menipu?



Ada yang cakap churp churp ni menipu. Sebenarnya statement macam tu palsu. Churp churp tak pernah menipu. Yang menipu tu orang yang join churp churp tu sendiri. Disebabkan terlalu tamak dan tak sabar, maka pelbagai trick diorang buat. 

Mungkin ada yang belum merasa duit dari churp churp. Takpe, jangan terlalu tamak dan teruskan usaha. Contoh cek yang dihantar ke rumah dari churp churp adalah seperti yang aku post di atas (baru sampai semalam brother posman hantar). Seratus lebih je, tak banyak sangat macam sesetengah orang tu mencecah beribu. Tapi letih jugak nak pungut banyak tu pun. 

Nuffnang pulak lagi sikit je dah nak boleh cashout. Tak pernah rasa lagi duit dari nuffnang ni almaklum la blog tak femes tapi sekurang-kurangnya terasa jugak yang blog ni berharga dan tak buang masa macam berfacebook. Tunggu buffer earning sampai sekarang tak pernah dapat. Insyallah nanti akan dapat jugak tapi nak kena usaha maintain visitor biar ramai.

Semangat Raya Belum Habis


kuih raya

Lepas je habis puasa, ramai yang liat untuk bangun pagi. Yela, sebelum ni kan terpaksa bangun untuk bersahur. Sekarang sedap je tidur sampai ke subuh. Soal makan tak perlu risau, bangun je pasti ada makanan dekat dapur. Paling kurang pun ada kuih raya dalam balang. 

Bercakap soal kuih raya ni kan, rasanya lebih 15 balang dekat dapur aku yang belum dibukak. Membazir ke? Rasanya tak sebab kuih zaman sekarang ni lambat rosak. Selagi tak bukak balang tu, selagi tu la tak masak angin. So, boleh la kuih raya tu diguna untuk Raya Haji pulak. 

Sesetengah kuih raya tu boleh disimpan lebih dari setahun. Puasa tahun ni beli, raya tahun depan baru hidang.   Kalau tahu dek tetamu, sumpah tak nak sentuh. Ade ke yang buat macam tu? Kalau korang buat macamtu, jangan sesekali jemput aku beraya ke rumah. 

Dari bancian aku dari rumah ke rumah, lebih 70% rumah yang hidangkan kuih tunjuk. Kuih tunjuk ni bukan nama untuk kuih tapi kiasan untuk kuih yang beli di kedai. Tunjuk je nak kuih yang mana, semua cash and carry. Lemang pun sama sebab orang zaman sekarang ni dah tak larat nak bakar lemang. Tapi ada kes katak tersesat dalam lemang. So, berjaga-jaga la ketika membeli. 

Semangat raya masih ada. Pada sesiapa yang sudi, datang la beraya. Soal duit raya jangan disebut. Sensitif coz dah sengkek sangat dah ni.

Selamat Hari Raya


Dah nak habis puasa rupanya. Dalam hari-hari terakhir macam ni la banyak pulak penyakit menyusul especially sakit perut dan demam. Tapi mesti sabar. Kuatkan iman dan jangan cepat mengalah. Baju raya pun tak beli lagi coz tak sempat. Mungkin 2-3 hari sebelum raya baru shopping. Masa tu la banyak diskaun kasi potong habis. Tahun ni rumah aku tak de cat baru. Hanya ada lampu lip lap sebagai penghias. Langsir dan karpet mak putuskan untuk pakai yang lama. Kuih raya berlambak tapi semua 'cash n carry'. Mak cakap tak larat nak buat kuih banyak-banyak. Aku pun bukan pandai tolong bab buat kuih ni. Silap-silap separuh masuk balang, separuh masuk ke perut. Mudah-mudahan raya tahun ni lebih bermakna dan penuh keberkatan. Alhamdulillah diberikan nikmat lagi untuk tahun ini. Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin.


No More Fibox


Dah berminggu fibox bermasalah. Sakit hati sampai terpaksa tukar shoutbox lain. Tapi rasa sunyi pulak tak ada fibox ni sebab susah nak beramah mesra dengan bloggers lain. Pada bloggers yg still setia menunggu fibox dibaik pulih, korang akan mengalami masalah kurang visitors yang datang blogwalking. 

Kita pun tak tahu fibox ni diberhentikan terus servis atau untuk sementara sahaja. Dalam fanpage fb diorang ni pun tak de announce apa-apa. Alternatifnya baik korang tukar pakai cbox atau shout busuk. Tapi setiap shoutbox ni ada kekurangannya. Tak kisah la kan, at least visitor boleh la jugak datang tinggal jejak. 

Dalam mana-mana shout box pun, apa yang kita sakit hati bila orang tinggalkan link says atau churps churps. Hentikanlah perbuatan tu. Dalam 100% pendapatan korang tu mungkin 90% orang tak halalkan. 

fibox

Nikmat Sebelum Ramadhan


masjid taman kenari

Alhamdulillah, sehari sebelum Ramadhan penduduk Taman Kenari, Kulim diberi nikmat untuk bersolat Jumaat di masjid baru yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Masjid ini dikatakan diantara masjid yang terbesar di daerah Kulim. Malangnya, buat masa ini peruntukan dan hasil pungutan derma masih belum mencukupi untuk pembinaan pagar. Hari ini juga penduduk sekitar Taman Kenari sudah boleh menunaikan solat tarawih di sini. Masjid lama pula dijadikan pusat didikan agama dan aktiviti lain. Kepada seluruh umat Islam, 5zol mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. 


Followers Bukan Pembaca

Sering juga aku dengar yang kalau beribu followers pun tak guna kalau diorang tak ziarah blog kita. Aku setuju dengan kenyataan tu. Buktinya tak banyak komen yang aku dapat pada entry-entry blog aku. Mungkin entry aku tak menarik agaknya. Tapi ada juga entry aku yang mendapat sambutan. Aku nak dapat visitor 100 orang sehari pun susah kalau malas blogwalking.

Kalau yang ada beribu followers tu tahniah la aku ucapkan. Tapi jangan pula sampai menghina blog yang followers sedikit. Macam kisah aku mula-mula berblogging dikakikan oleh seorang blogger sebab follower tak sampai 10 orang. Hebat sangat ke blog dia, tengok followers pun tak sampai seribu. Entry dia pun tak banyak komen. Sepatutnya kalau dah rasa diri tu bagus berblogging kena la support bloger baru. Aku memang respect dengan Ben Ashaari, walaupun femes selalu support bloggers lain dan kasi laluan untuk bloger baru menempa nama.

Walaupun kadang-kadang kita rasa entry kita menarik, tetapi masih belum mampu memikat selera pembaca. Penat dicari sumber dan mengalih bahasa tapi tak dapat sambutan. Kesian kan? Contohnya macam entry ikan menyeramkan yang aku pos sebelum ni. Dah ping beberapa tempat tapi satu komen pun tak ada. Tapi itulah cabaran seorang bloger. Kita tak boleh paksa untuk orang komen dan meminta belas kasihan. Itu semua hak diorang untuk komen atau tak.

Sepanjang pengalaman aku berblogging (dalam lingkungan 4 bulan dari tarikh hari ini ), Alhamdulillah ramai juga yang kasi support. Datang ucap selamat pagi pun dah cukup menggembirakan walaupun tak baca enty. Sebab tu lah blog disyorkan untuk mempunyai shoutbox untuk senang orang tinggalkan ucapan dan jejak. Malangnya ada juga yang salah guna siarkan iklan tanpa kebenaran.


Orang Lidi


Teringat lagi masa sekolah tadika aku sering melukis orang lidi. Itulah seni yang terawal yang pernah aku hasilkan. Tak kreatif ke melukis orang lidi? Sebenarnya lukisan orang lidi ni lebih mudah untuk menyampaikan maklumat apa yang ingin disampaikan. Ianya cukup ringkas. Lagipun bukan kesemua manusia berbakat untuk melukis.

Orang lidi sebenarnya menjadi asas terhadap setiap lukisan yang cantik di dunia. Bukti ini diperkuatkan dengan penghasilan kerangka sebelum menghasilkan sebarang lukisan. Bulatan dan garisan menjadi asas utama ataupun tiang terhadap lukisan-lukisan hebat. Jika kita hanya menghasilkan satu titik, ianya juga boleh dikatakan seni cuma ianya dibataskan oleh penerimaan umum. Lukisan teragung juga tidak semestinya dapat diterima oleh umum.

Manusia purbakala juga telah mula menghasilkan seni dengan melukis orang lidi di atas batu dan dinding gua. Setelah jutaan tahun, lukisan yang ringkas tersebut dianggap terlalu berharga dan menjadi tumpuan ramai. Jika seorang selebriti yang terkenal hanya melukis garisan di atas sehelai kertas, kertas tersebut boleh menjadi lukisan yang berharga ribuan malah jutaan ringgit. Jelaslah bukan kesemua lukisan memerlukan kreativiti yang tinggi. 



Jerebu


Cuaca yang panas di duga pula dengan jerebu. Hujan pula jarang-jarang turun menyebabkan jerebu semakin teruk. Jerebu yang melanda menyebabkan berlakunya masalah kesihatan. Aku sendiri terasa kesannya. Nak lakukan aktiviti di luar rumah pun susah sampaikan terpaksa berkurung. Kereta aku sendiri diliputi debu yang tebal. Dengan berlakunya masalah jerebu ini, kurangkanlah aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelak ianya menjadi lebih serius lagi. Sama-samalah kita berdoa diturunkan hujan. Mudah-mudahan ianya tidak berpanjangan.

Apakah yang di maksudkan dengan jerebu? Menurut sumber, jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. 


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada:
    • Kanak-kanak
    • Orang tua
    • Pesakit asma atau pengidap masalah pernafasan lain
    • Perokok
    Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
    • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
    • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
    • Iritasi di mata serta mata yang merah
    • Kulit terasa gatal
    Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
    • Kurangkan aktiviti di luar rumah serta tutup pintu dan tingkap
    • Gunakan topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
    • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal atau basikal
    • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah lebih elok jika mandi
    • Kerapkan meminum air
    • Sediakan ubat jika anda mempunyai masalah pernafasan


    Sirih Pinang


    Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit. Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.

    Pada kebiasaannya dahulu, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.Suatu waktu dulu jika kita pergi ke mana-mana rumah orang Melayu mesti kita akan menemui tepak sirih dan gobek sirih. Gobek digunakan untuk melumatkan sirih sebelum dimakan.Suatu waktu dulu jika kita pergi ke mana-mana rumah orang Melayu mesti kita akan menemui tepak sirih dan gobek sirih. Gobek digunakan untuk melumatkan sirih sebelum dimakan.

    Sebenarnya tradisi memakan sirih ni masih diamalkan oleh ayah aku. Memang dari muda dia memakan sirih dan sudah menjadi ketagihan. Orang yang kuat memakan sirih ni mengalami masalah mulut merah. Tapi tak kisah la kalau setakat ketagih sirih. Ade jugak khasiatnya. Kalau ketagih benda lain boleh meudaratkan kesihatan. Aku pernah dengar hukum memakan sirih ni makruh kalau membuat kotor meludah sana sini. Kebiasaannya sirih akan dicalit dengan sedikit kapur dan beberapa kacip pinang. Pinang pun ada kategorinya yang boleh dimakan dan tidak. Yang tidak boleh dimakan boleh mendatangkan mabuk. Hukum mabuk sirih pinang ni wallahualam aku pun tak pasti. Yang pasti, jika makan sesuatu yang memudaratkan kesihatan boleh dikategorikan sebagai haram.


    Wording 'Susah'


    'Susah'.... Perkataan ini sering digunakan sebagai keluhan kerana tidak mahu untuk melaksanakan sesuatu perkara. Sebenarnya perkataan ini terlalu negatif dan harus diganti dengan berusaha. Kerana itulah kita digalak mengucapkan perkataan 'Insyallah' bagi menanamkan perspektif positif dalam diri. Adakalanya sesuatu perkara ini memang mampu untuk kita lakukan tetapi disebabkan pandangan pertama kita sudah berkata "Susahlah nak buat". Terdapat satu perumpamaan Inggeris yang bersesuaian dengan situasi ini iaitu 'Don't judge a book by it's cover'. Perkara yang kita lihat belum tentu sama seperti didalamnya. Tukar kata-kata kita itu dengan "Insyallah, saya akan lakukannya."

    Kekerapan penggunaan perkataan 'susah' ini boleh menimbulkan musibah terhadap diri sendiri di mana emosi kita lebih mudah terjejas. Mentaliti kita ini sebenarnya mudah dipengaruhi dengan perkataan yang berulang. Jangan biarkan perkataan ini bermain di fikiran. Gantikannya ia dengan berzikir dan doa-doa tertentu bagi merangsang pertumbuhan minda. Inilah salah satu cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan dari dalam dimana mental yang sihat mampu melawan nafsu dari melakukan gejala negatif.

    Jika kita benar-benar dalam kesusahan, perkara terakhir yang kita cari adalah agama. Perbuatan ini adalah salah kerana agama harus harus berada di barisan paling hadapan tidak kira ketika senang mahupun susah. Jadikan ia pegangan yang tidak lekang dari hidup kita. Kesenangan yang kita dapat adalah nikmat dari-Nya dan kesusahan yang kita hadapi juga ujian dari-Nya. Kita mempunyai pilihan dalam mengatur kehidupan diri sendiri. Bill Gates pernah berkata "Bukan salah kita jika dilahirkan miskin, tetapi menjadi salah kita jika mati sebagai seorang miskin". 




    Aku Dan Bola


    Euro 2012 dah start. Memang demam bola lagi la nampak gayanya sampai tak tidur malam, ponteng kerja dan macam-macam lagi. Terus-terang aku takkan terlibat dengan gejala ni kerana aku tak minat bola. Pelik ke kalau lelaki tak minat bola? Kalau itu dikatakan pelik, wanita yang minat bola lagilah pelik. Permainan bola sepak ini adalah satu permainan umum yang dijadikan permainan teragung untuk beberapa kelompok masyarakat termasuk Malaysia. Kalau di sesetengah negara lain mungkin bola lisut, kola keranjang atau permainan lain. Jadi ianya bukanlah permainan wajib untuk setiap lelaki.

    Aku tak suka bola sepak ni bukannya sebab aku tak pandai main. Dulu masa sekolah menengah kerap jugak aku bermain permainan ni untuk beridah petang-petang dan sekadar suka-suka. Tapi kalau tengok match di tv jarang yang teramat. Ada la sekali dua tu pun sambil minum-minum bersama member. Mungkin sebab dari kecil aku tak pernah diasuh untuk benda ni. Family aku semua tak minat bola termasuk la adik-beradik, sepupu sepapat. 

    Kalau di rumah aku, sukan yang menjadi kegilaan seisi keluarga ialah wrestling. Kalau tengok je wrestling, confirm riuh-rendah. Memang happening. Rumah aku tak ada Astro jadi setiap minggu aku download dari internet untuk dimainkan di player ruang tamu. Itulah antara penyatu hubungan kami anak-beranak.Dulu selalu jugak beli VCD pirate bila ada event wrestling special tapi lepas ada internet semuanya lebih mudah dan lebih menguntungkan.

    Bercakap pasal bola ni sebenarnya ramai jugak perempuan yang minat. Kalau tak percaya tengok sendiri di padang futsal. Mungkin telah menjadi trend yang meluas setelah terpengaruh dengan cerita gol dan gincu. Tak kisahlah asalkan tidak mengabaikan keluarga dan menjaga batas agama. Sukan ni sebenarnya diharuskan oleh islam untuk kesihatan umatnya. Mungkin dari segi pemakaian tu elakkan dari memakai baju yang ketat dan seluar pendek. Kalau berjubah bermain futsal memang la tak logik tapi ada pakaian lain yang boleh disesuaikan.

    Teringat lagi masa zaman sekolah dulu selalu main bola tepuk guna kertas. Entah siapa la yang cipta. Kreatif dan menarik. Selalunya kotak yang tebal seperti kotak milo dikerat dan dilukis untuk nampak lebih menarik. Buku latihan sekolah pulak dikoyak menjadi palang gol dan bola. Selalunya dimainkan apabila cikgu tak masuk kelas atau diwaktu rehat. Best betul zaman sekolah dulu.



    Godaan Hari Jumaat


    Hari Jumaat adalah hari kemuliaan yang perlu dihormati. Malangnya perjalananku ke masjid hari ini dinodai oleh seorang gadis yang berseluar pendek dan berbaju ketat. Bukankah lebih molek untuk gadis melayu berbaju kurung dihari Jumaat? Kalau tak berbaju kurung sekurang-kurangnya pakailah pakaian yang menutup aurat. Tak pasal-pasal orang lain jugak yang mendapat dosa. 

    Kesopanan dan kebudayaan melayu kian pudar dan kita sedari akan perubahan itu tapi janganlah ianya menjebakkan agama. Sesungguhnya hanya agamalah yang mampu menghalang kita dari terus tersesat. Aku tak kisah kalau baju kurung yang menjadi kebanggaan orang melayu pupus tetapi biarlah digantikan dengan pakaian yang menutup aurat. Petanda maruah seseorang mula tergadai adalah dari segi pakaiannya. Jika hari ini seorang wanita membiasakan diri memakai skirt pendek, tidak mustahil untuk besok dia mula menjejakkan kaki ke kelab malam.

    Aku mengaku bahawa aku sendiri berseluar pendek di rumah. Lagipun aku lelaki jadi tak berapa kisah sangat. Berseluar pendek tidak menjadi masalah selagi tidak mendedahkan aurat. Jika keluar dari rumah, aku akan mengenakan seluar panjang bagi mengelakkan pandangan umum yang negatif. Hidup bermasyarakat ni kenalah faham perspektif pemikiran orang sekeliling  bak kata pepatah, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Aku pernah tinggal di Kuala Lumpur dan persekitaran kampung aku terlalu jauh berbeza. 

    Gadis berpakaian seksi memang menjadi kegilaan ramai kaum lelaki. Tapi bila difikirkan, bolehkah gadis begitu menjadi pasangan hidup? Beristeri ni bukannya atas kehendak sahaja tetapi juga atas dasar keperluan. Mak aku berpesan kalau nak mencari isteri tu sekurang-kurangnya biarlah pandai memasak dan pandai menjaga suami. Besok kalau sakit demam senang. Dapat dapat anak pun insyallah yang soleh dan solehah




    Musim Kahwin


    Cuti sekolah ni aktiviti penuh dengan kenduri kahwin. Seronok tengok pengantin yang berseri-seri atas pelamain. Aku ni pula sekadar datang untuk memeriahkan majlis. Lagi sedap makanan, lagi lama lah aku disitu. Tapi bila makan berlebihan ni perut pun mula buat hal. Nak pinjam toilet tuan rumah segan sebab ramai sangat orang. Kalau kenduri tu dekat dengan rumah kita untunglah sebab boleh lari balik rumah. Cara alternatif terbaik, cari masjid atau stesen minyak berhampiran. Tapi kalau kenduri tersebut terlalu pedalaman dan tiada kemudahan, nak tak nak terpaksa cari sungai.

    Kenduri kahwin selalunya diadakan secara katering mahupun gotong-royong. Pernah terjadi satu ketika bila kenduri yang aku sendiri hadiri disabotaj sehinggakan hampir satu kampung sakit perut dan muntah-muntah. Ramai juga yang dimasukkan ke hospital. Semuanya disyaki keracunan makanan. Aku sendiri pun sakit perut tapi tak adalah kronik sangat. Kalau tak disabotaj pun mungkin disebabkan kecuaian pihak tertentu dalam menjaga kebersihan. Kesian tuan rumah diaibkan sebegitu. Semua yang menjadi mangsa faham bukan salah tuan rumah. Siapa yang mahu mengaibkan majlis sendirikan? Pengantin pun mengalami nasib yang sama. Sepatutnya hari perkahwinan menjadi hari paling menggembirakan tetapi bertukar menjadi tragedi.

    Dalam majlis perkahwinan, biasanya tuan rumah akan cuba menghiburkan hadirin dengan persembahan marhaban, kompang, karaoke, silat, atau muay thai. Terkini, telah menjadi trend untuk setiap majlis perkahwinan disertakan perkhidmatan dj. Inilah keunikan bagi majlis perkahwinan orang melayu. Kadang-kadang ada juga yang memanggil live band atau artis untuk membuat persembahan. Tak kisahlah sebab semua tu bukan kewajipan. Ikut kemampuan masing-masing. Asalkan jangan terlalu membazir dan menunjuk-nunjuk demi mendapat keberkatan dari Allah.

    Kalau kita perasaan, tradisi memberi telur kini telah bertukar dengan pemberian gula-gula atau manisan. Telur sekadar diguna untuk bunga telur dan diberikan untuk orang-orang tertentu. Mungkin kos untuk gula-gula lebih murah berbanding telur. Lagipun tak ramai yang suka makan telur rebus. Serius aku dulu pun tak suka dengan telur rebus ni melainkan dituang kicap. Kadang-kadang aku buang macam tu ja. Dari dibiarkan berlaku pembaziran lebih baik tradisi ni ditukar. Paling tidak pun, ada jugak budak-budak yang suka gula-gula dan boleh disimpan.

    Semasa majlis perkahwinan, ramai yang menunjukkan bakat dalam menangkap gambar tidak kira menggunakan handset, kamera compact, DSLR atau handycam. Gambar dalam hanset ni selalunya dibuang tanpa dicuci. Pada pendapat aku lah, orang yang menangkap gambar menggunakan hanset ni lebih kepada menunjuk-nunjuk kecanggihan hanset masing-masing. Tangkap gambar sampai betul-betul depan hidung pengantin sehinggakan photographer yang diupah pun tak boleh tangkap gambar. Tak salah sebenarnya kalau nak tangkap gambar. Guna kamera apa pun tak pe asalkan gambar tersebut disimpan untuk kenangan.   

    Aku pernah membuat servis menangkap video perkahwinan sebelum ni tetapi terpaksa diberhentikan sebab perkakasan aku dah rosak. Video kahwin ni sebenarnya lebih diperlukan berbanding gambar statik. Bila  ia dimainkan menggunakan player, kita dapat mengimbau semula apa yang berlaku, melihat gelak ketawa sanak saudara, dan jika disimpan dengan cermat ianya boleh dijadikan tatapan anak cucu. Video perkahwinan abang aku sendiri pun aku yang tangkap dan edit. Kemungkinan video kahwin aku nanti pun aku sendiri yang edit tapi kalau aku sendiri yang menjadi kameraman memang mustahil. Insyallah kalau diizinkan, aku akan teruskan servis ni di masa hadapan. 



    4 June Is My Birthday


    Harini masuklah hari lahirku yang ke-24. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan. Bila dah mencapai umur sebegini, berbagai soalan yang timbul dari mulut orang ramai dan keyword top 5 yang boleh diagak ialah soal kahwin. Belum jodoh. Lagipun aku baru sangat habis study jadi mana sempat nak kumpul duit. Kerja pun tak menentu, macam mana nak jaga anak orang. Pada pendapat aku, kalau lelaki kahwin umur 30an pun tak de masalah. Yang penting berkemampuan dan dah bersedia untuk pikul tanggungjawab. Soal kahwin ni bukan suka-suka. Kena ambil serius kerana ada ikatan dua jiwa hingga ke akhir hayat dan tidak mahu putus ditengah jalan.

    For friends from foreign countries, today is my birthday. I'm already 24 years old now. A bit old but still sweet and cute. I'm very proud to be your dude. Thank you for always support me from behind and always give me a hand when i need. I hope, our friendship will be never last forever. A moment we cares each other and share our's stories is the best part in my life. I'm enjoyed it. Friends in need is a friend indeed. Thank you very much.

    Harini pun aku dapat mesej dan panggilan percuma dari Maxis dan Digi. Sama seperti tahun lepas, percuma untuk rangkaian masing-masing sahaja. Apa salahnya untuk hari lahir dilepaskan panggilan percuma untuk kesemua rangkaian contohnya Digi ke Celcom atau U mobile. Tak ramai sebearnya member aku yang pakai Digi. Aku guna Digi ni pun disebabkan boleh bermain facebook secara percuma. Maxis lagilah kedekut, bagi  percuma sehari je. Tapi sekurang-kurangnya adalah jugak dari tak de langsung. Bercakap pasal syarikat telco ni, aku cukup tak berpuas hati sejak kebelakangan ni kerana banyak sangat iklan dari pagi hingga ke Maghrib. Kadang-kadang satu iklan diulang berkali-kali sehari. Iklan macam ni mengganggu privacy sehinggakan tidak kira waktu solat. Dengar bunyi mesej maka kuranglah khusyuk. Kalau mesej penting tak kisah. Tapi bila ditengok iklan apa kejadah, memang sakit hati. Aku syorkan lepas ni dikeluarkan akta untuk syarikat telco menghantar iklan 2-3 kali ja seminggu. 

    Bila usia semakin lanjut, orang cakap harus berfikiran matang. Dah tak boleh tengok kartun, main video game, atau main permainan. Rasanya tak ada masalah. Lagipun aku ni peminat setia kartun sejak kecil terutama anime. Video game pula apa masalahnya sedangkan ayah aku yang berumur 40an pun bermain playstation. Kalau itu minat kita teruskan selagi tidak lalai dan memudaratkan. Zaman aku membesar ni pun tak sama seperti zaman dulu yang tiada televisyen atau gadget moden. Mainan pula tak salah tetapi biarlah bersesuaian. Faizal Tahir, seorang artis glamer sendiri pun ada patung figura kesayangan. Bukannya nak main sangat dengan permainan tu. Lebih kepada koleksi dan barang peribadi.

    Inbox dan status laman sosial aku penuh dengan ucapan selamat hari lahir, happy birthday dan macam-macam ayat. Terima kasih untuk kesemua yang mengingati hari jadi aku. Kalau ada mesej yang tidak dibalas, aku minta maaf sebab banyak sangat dan tak sempat. Terima kasih juga kerana doakan kesejahteraan aku.



    Menggunakan Internet Dengan Bijak


    Ruginya ada internet kalau tak pandai mendownload. Lepas ada sambungan streamyx dirumah, aku jarang membeli VCD atau DVD. Sebelum ni kalau beli pun macam biasalah yang cetak rompak. Alasannya sebab murah. Tapi kalau difikirkan balik, aku hanya mengkayakan tauke cetak rompak tu. Kualiti video pun kadang-kadang teruk. Lebih baik aku download sendiri. Beli RMVB player, boleh tengok direct dengan televisyen. Tak ada masalah CD sangkut la, CD calar la atau apa-apa. Untuk masa ni, servis Unifi tak sampai lagi dikawasan aku. Insyaalah kalau dah sampai aku akan tukar. 

    Dengan internet pula, proses mencari dan mendownload lagu adalah lebih senang. Sebelum ni, kalau nak apa-apa lagu kena pergi ke kedai handset dan dicas sekitar RM1-RM3 untuk satu lagu. Padahal tauke kedai handset tu pun rembat entah dari mana lagu-lagu tu. Cukup senang diorang buat duit. Kita yang lemah IT ni pun ikut je janji dapat apa yang kita nak. Bila difikirkan semula, rasa tertipu pulak. Sekarang kalau nak download apa-apa lagu hanya taip tajuk lagu tersebut di google atau yahoo dan lepas tu keluar lah bermacam-macam link. Mudah dan ringkas tanpa dikenakan bayaran. 

    Proses mendownload tahun lepas adalah lebih mudah berbanding tahun ni. Sekatan yang dijalankan SOPA cukup menyakitkan hati sehinggakan banyak website yang menjadi host uploading file ditutup dan dipantau. Filem yang diupload sebelum ni seperti cerita-cerita lama habis dilenyapkan. Filem yang baru diupload pun tak bertahan lama. Sekejap ja terus dilupuskan. Ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan SOPA ni. Tapi tiada apa yang boleh dilakukan. Sekadar berdiam dan menerima apa yang terjadi.

    Youtube pula menjadi altenatif untuk pengguna melayari media secara streaming tanpa perlu mendownload. Bagus sebenarnya kewujudan Youtube ni. Senang je nak guna. Hanya taip apa yang kita nak tengok lepas tu keluar terus di skrin. Video yang tidak pernah ditayang di televisyen atau tidak pernah disangka kewujudannya ada disitu. Memang betullah apa yang diperkatakan bahawa internet ni dunia tanpa batasan. Yang haram dan halal semua ada. Paling penting, kita sendirilah yang harus menilai. Elakkan perkara negatif dari kemudahan yang ada.




    Syiling Baru Bermasalah


    Semalam aku berjalan di pasar malam yang berdekatan. Sedang berjalan, teringin pula untuk makan ayam goreng lalu aku singgah disalah sebuah gerai. "Berapa ringgit kak?" aku bertanyakan pada tauke gerai tersebut. "Seringgit empat kupang ja dik." jawabnya. Aku mengeluarkan wang secukupnya lalu memberikan kepada tauke tersebut. "Eh dik, akak tak terima duit Singapore ni." Syiling 20 sen  Malaysia keluaran siri ke tiga disalah erti sebagai wang Singapura.

    Rupanya masih ada segelintir rakyat Malaysia tidak tahu akan kewujudan syiling baru ini. Tapi aku tak salahkan tauke gerai tu. Mungkin dia terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk menonton televisyen atau membaca akhbar. Terus terang aku sendiri jarang mendapat syiling tersebut. Syiling 5 sen langsung aku tak pernah tengok di depan mata.

    Yang menjadi masalah lain ialah syiling 20 sen yang mempunyai saiz hampir sama dengan 10 sen. Sebelum ini, kalau kita seluk poket je kita sudah tahu syiling apa yang kita pegang berdasarkan saiz yang berbeza. Tapi sekarang, kita perlu mengeluarkan syiling tersebut dari poket untuk membezakannya dengan mata. Susah juga untuk kita membiasakan diri tapi sama ada mahu atau tidak, kita tetap perlu menerima perubahan.

    Satu lagi dari pengalaman aku dimana tauke kedai cukup susah untuk mengembalikan baki dari apa yang aku beli dalam bentuk syiling baru sedangkan aku nampak sendiri di kaunternya banyak syiling baru. Punya la susah dia cari syiling lama untuk diberikan kepada aku. Apa dia ingat syiling lama ni dah nak dilupuskan ke? Atau dia sendiri nak kumpul kesemua syiling baru untuk dijadikan koleksi peribadi? Terus terang aku cakap tauke kedai tu tidak berfikiran matang.

    syling baru



    Facebook Mampu Menjadi Penawar & Racun


    Facebook menjadi keperluan semasa. Kanak-kanak tadika pun tahu apa itu facebook. Ramai yang menggunakan facebook untuk peribadi dan ada juga yang menggunakannya untuk perniagaan. Secara globalnya, facebook boleh dianggap tiang yang besar untuk bergantung di alam cyber. Jika runtuhnya tiang tersebut, maka hilanglah pautan perhubungan sesama pengguna.

    Menjadi trend apabila remaja gemar meluahkan perasaan di status facebook. Apakah ini mampu memberi ketenangan kepada mereka? Untuk sesetengah kes mungkin ya. Sebagai contoh status "Saya rasa bersalah kerana mencuri duit mak saya, apakah yang saya harus lakukan?" Maka ramailah pakar yang tidak di iktiraf akan memberi komen dan nasihat. Justeru benarlah bahawa facebook mampu menjadi penawar pada keresahan. Tapi takkanlah sampai tersepak batu pun nak update dalam status. Itu sebenarnya lebih kepada mengada-ngada.

    Facebook juga mampu menjadi racun yang paling berbisa terhadap individu yang yang lemah imannya. Sebagai contoh update status " Saya ingin membunuh diri." dan muncul pula komen " Bagus, teruskan". Hasutan sebegini menimbulkan masalah besar. Bagaimana jika individu tersebut betul-betul membunuh diri? Yang memberi komen tersebut secara tidak langsung juga terlibat. Kita ambil iktibar dari kejadian yang terjadi kepada Alvis Kong.

    Buruk baiknya facebook adalah datangnya dari kita sendiri. Untuk para pelajar, facebook bukanlah buku rujukan yang sempurna. Kelalaian dengan facebook boleh menyebabkan kita menyesal dihari kemudian. Abaikan facebook jika kita terlalu hampir dengan peperiksaan.



    Lelaki Dengan Teddy Bear, Ada Masalah Ke?


    Ada masalah ke kalau lelaki ada teddy bear? Rasanya tak de masalah langsung. Mengikut fakta, lelaki yang mempunyai teddy bear ni lebih romantik. Kalau beristeri pun jarang bertengkar. Lelaki yang dimaksudkan tersebut adalah lelaki normal dan bukan dalam kategori lembut. Lelaki yang mempunyai teddy bear ini pun bukan bererti bersifat keanak-anakkan tetapi lebih kepada sifat penyanyang. 

    Teddy bear di anggap sebagai rakan oleh kanak-kanak. Berbeza jika ianya dimiliki oleh orang dewasa. Sifat fizikalnya yang comel mampu memberi ketenangan terhadap pemiliknya. Bulu-bulunya yang halus memberi keselesaan jika dipeluk. Jadi, tidak hairanlah jika teddy bear ini dianggap sebagai pengganti haiwan peliharaan dan mampu mempengaruhi psikologi kita. Cuba bayangkan jika kita memiliki teddy bear yang buruk dan mempunyai wajah yang menakutkan? Pasti ada yang takut untuk tidur bersendirian. Ini membuktikan bahawa fakta itu benar.

    teddy bear
    Sebenarnya aku sendiri ada teddy bear di rumah. Seekor beruang dan seekor bunny. Sebelum ni aku tak minat sangat dengan teddy bear ni malah dari kecil tak pernah diasuh untuk bermain benda tu. Disebabkan kisah aku dengan seorang perempuan la aku mula memiliki bear tersebut. Sepatutnya aku hadiahkan kepadanya tetapi hajatku tidak kesampaian. Dia pun dah berkahwin dan siap dah ada anak. Jadi aku simpan la teddy bear tersebut sebagai kenangan. Yang bunny tu pulak aku dapat masa bermain game di funfair. Walaupun aku ada menyimpan benda-benda macam tu, yang pasti aku takkan pernah bermain dengan patung barbie.


    Perlawanan Terakhir


    Hampir setiap perlawanan aku menyapu bersih segala pertaruhan. Sememangnya aku seorang juara yang sukar ditumpaskan. Bukannya aku kebal, tetapi nasib sentiasa menyebelahi aku. Ketawa besar aku melihat lawan yang kecundang dengan wajah yang penuh kehampaan. Teknik-teknik rahsia yang aku gunakan selama ini tak lut dengan setiap serangan. Dengan angkuhnya aku mengaku bahawa akulah seorang Jagoan.

    Tibalah suatu hari, aku dicabar pesaing yang hebat. "Jaga-jaga Faizol, dia jaguh kelas sebelah," pesan rakanku. Sebenarnya inilah saat yang ditunggu-tunggu. Seorang jagoan bertemu jagoan. Kami bersemuka dan menunjukkan kemahiran masing-masing. Terperanjat aku melihat barang permainannya. Aku sendiri tidak yakin dapat menewaskannya. Apabila cabaran sudah disahut, aku tidak mampu menarik balik. Lawan tetap lawan.

    Kami berhitung lima pusingan dan secara keseluruhan aku yang kalah. Pemadamnya terlalu besar dan sekali gerak sahaja sudah mampu menindih pemadamku. Aku ditertawakan. Sebenarnya perlawanan ini langsung tidak adil. Aku tiada peluang langsung dengan pemadam yang kecil. Segala pertaruhan habis dikaut. Sedih bila melihat pemadam kesayanganku turut dirampas. Aku hanya merelakan dengan apa yang terjadi. Itulah saat terakhir aku bermain permainan tersebut.

    Lawan aku sungguh gembira dan ketawanya yang kuat didengari oleh guru kelas belakang. Guru tersebut menyerbu ke kelas aku lalu merampas kesemua pemadam yang ada. Kasihan aku melihat wajah lawanku yang belum sempat merai kemenangan. Bagi aku, tiada siapa yang menang dalam perlawanan tersebut.  Berbelas tahun peristiwa itu berlaku. Segalanya tinggal kenangan. Adakah permainan ini masih diteruskan oleh generasi sekarang? Jawapannya 'Ya' selagi pemadam tidak pupus di dunia.


    lawan pemadam



    Kenangan Motor Show 2010

    real bumblebee
    Imbas kembali kenangan ke Motor show 2010 di PWTC. Banyak betul kereta-kereta mahal yang dipamerkan sampai tak mampu dibeli. Ada juga kereta-kereta prototype yang hanya dipamerkan dan bukan untuk dijual. Kereta proton 5 bersaudara seperti Tuah dan Jebat turut berada disana. Tapi tu tak cukup best. Paling menarik pabila melihat sendiri Bumblebee bersize sebenar. Perghh, macam betul-betul dalam cerita transformers. 

    pictures wit hot model
    Paling special bila dapat bergambar dengan model yang hot-hot dan sexy. Kalau mak aku tengok pun mesti nak dijadikan menantu. Semuanya tak cukup kain. Pakai baju ketat-ketat. Pak Lebai yang ada situ pun terbeliak biji mata. Photgrapher pun semua dah lari dari topik asal untuk menangkap gambar kereta. Agak-agak la berapa ribu sejam yang diorang dapat mempamerkan body disitu? Memang dah itu kerja diorang. Macam-macam etnik model ada. Orang putih, orang cina, afrika pun ada. Tapi terus terang model dari afrika tu tak de sape pandang walau pakai sayap seperti bidadari. Model yang bergambar dengan aku ni antara model paling comel. Berbaju getah merah putih. Berdosanya mata duduk dekat dengan dia. Nasib baik la iman aku  kuat dan cepat-cepat berpalingkan mata ke arah lain. Kalau lama rasanya memang meleleh air liur. Waktu nak bergambar tu pun rasa serba salah. Kaki rasa nak tak nak je pergi. Tapi atas desakan seorang kawan, tanpa segan silu aku terus menyapa awek tu dan terus bergambar dengannya. Bukan selalu dapat peluang macam tu.

    batman gadget
    Gambar ni pulak waktu aku melihat gadget Batman. Semua besi dan plastik kosong termasuk la kereta dan motornya. Tak ada apa yang istimewa macam dalam movie. Memang kita terpedaya dengan effect yang hebat. Semua yang aku tengok disini adalah yang betul-betul digunakan dalam movie dan bukannya replika. Custom Batman dan Joker berjaya menarik perhatian aku. Rasa teringin nak pakai. Bila diperhatikan betul-betul pada custom Joker, ada sesuatu yang pelik iaitu terdapat lambang 'S' seperti logo superman. Rasa kelakar pulak sebab dalam movie tak nampak pun semua tu. Kalau ternampak pun mungkin ramai yang tak perasan. Batman ni sememangnya superhero yang terkenal sejak zaman ayah aku lagi. Malangnya gadget dan custom disitu hanya dapat didekati dan tidak dapat dipegang. Kalau tak, memang aku dah standby beg untuk songlap barang tu. Boleh juga dijadikan koleksi peribadi lepas tu terus jadi buruan polis. Itu sajalah yang dapat aku kongsi tentang pengalaman di Motor Show 2010.


    Akaun Bank Internet


    Ada kawan aku bertanyakan bagaimana berurus niaga dalam internet dan bagaimana menguruskan transaksi pembayaran? Sebenarnya tak susah. Tak ada akaun bank internet pun boleh berurus niaga secara talian. Guna mesin cash deposit pun boleh. Cuma perlu simpan slip tersebut untuk rujukan. Konsep perniagaan hanya memerlukan pembeli, penjual, barang yang diniagakan dan pembayaran sahaja. 

    Kemudian aku dipertanyakan tentang akaun bank internet yang sesuai. Untuk perniagaan antarabangsa, akaun Paypal adalah lebih sesuai kerana liputannya meluas dan lebih selamat. Paypal mungkin kurang sesuai untuk perniagaan dalam negara kerana pendedahan penggunaannya di Malaysia masih kurang. Cas transaksi Paypal ke bank biasa ialah RM3.00 jika amount kurang dari RM400. Jika lebih dari jumlah tersebut, tiada cas akan dikenakan. Pada pendapat aku, perniagaan dalam negara cukuplah dengan menggunakan Maybank2U atau Cimb Cliks.

    Disini aku akan berkongsi sedikit sebanyak cara pendaftaran serta transaksi Cimb Cliks. Caranya mudah dan hampir sama seperti Maybank2U. Kalau tak faham jugak, korang boleh mintak petugas bank tolong daftarkan.

    1. Buat internet banking e-pin di mesin atm Cimb 
    (cara untuk mendapatkannya ialah masukkan kad atm > masukkan nombor pin > pilih 'other' > pilih 'internet e-pin' > masukkan 6 digit e-pin pilihan dari pin atm > masukkan lagi untuk confirm > selepas diterima, ingat nombor tersebut > simpan slip yang keluar dari atm)
    2. Lakukan langkah yang hampir sama untuk mendapatkan 'Tac' cuma ia memerlukan nombor telefon yang kerap korang gunakan.
    3. Log masuk ke www.cimbclicks.com.my
    4. Pilih 'first time login' dan ikuti langkah-langkah seterusnya yang diberi.
    5. Lepas semuanya selesai, korang boleh log in macam biasa.

    Untuk lakukan transaksi:

    1. Log masuk ke account Cimb Clicks > Pilih transfer pada menu > pilih transfer fund 
    2. Korang boleh pilih to other Cimb account untuk transfer ke akaun Cimb (tiada cas dikenakan).
    3. Untuk ke akaun bank lain, korang boleh pilih interbank Giro . Transaksi sebegini mengambil sedikit masa dan kalau tak silap aku di cas 50 sen. 
    4. Korang boleh pilih instant transfer untuk sesetengah bank contohnya Maybank untuk transaksi serta merta. Cas dikenakan ialah RM2.00.
    5. Isi borang yang disediakan termasuk nombor akaun bank dan amount transaksi
    6. Selepas selesai, korang perlu confirm melalui nombor TAC yang dihantar ke nombor telefon korang untuk memastikan transaksi tu dilakukan korang sendiri.
    7. Selepas diterima, print atau save slip transaksi untuk rujukan.

    Korang juga boleh menggunakan Cimb Clicks ni untuk prepaid reloads atau sebagainya. Semoga tutorial yang aku bagi ni sedikit sebanyak boleh membantu.


    Budak 1 Tahun Memandu Kereta

    cute girl in the car
    Bukan aku seorang je yang ada kereta baru, anak saudara aku yang ni pun dapat kereta. Kelakar bila melihat telatah dia membunyikan enjin dengan mulut sampai meleleh air liur. Sayang betul dia dengan kereta tu sampai aku nak pegang pun tak kasi. Dikuis-kuisnya tangan aku dari kereta tu. Kedekut jugak dia ni. 

    Kereta merah tu sebenarnya pemberian Tok Wan dan Opah dia. Cemburunya. Masa kecil dulu tak ada pun aku dapat benda macam tu. Beli basikal pun guna duit tabung sendiri. Tapi aku faham, keluarga aku dulu hidup susah. Sekarang dah ada rezeki sikit apa salahnya kalau diberi peluang untuk anak saudara aku pulak kan. Harga kereta tu pun berapalah sangat. Tak sampai RM100. Tak perlu bayar insuran, tak perlu isi minyak. Pendek kata, sekali beli boleh guna terus sampai lingkup.

    Nak dijadikan cerita, kereta ini dibeli ketika aku sendiri tengah sibuk mencari kereta yang sesuai untuk aku. Papacu yang cari kereta, Hanis yang dapat dulu. Tak pe lah, masing-masing ada kereta. Sekarang ada 4 biji kereta dirumah aku. Kalau ditambah kereta merah ni jadi 5. Nasib baik la yang sebiji ni tak perlu garaj kalau tidak, memang tak cukup ruang la untuk parking. 

    traffic warning
    "Korang di luar drive hati-hati tau." -pesan Hanis

    -->

    Insuran Patut Cover


    Insuran. Sebenarnya penting jugak tu tambah-tambah insuran kesihatan. Kita ni pun bukan sentiasa sihat dan berduit. Mana la tahu besok lusa dikejarkan ke hospital atas perkara-perkara rumit dan bil pun mencecah ribuan ringgit. Mana la nak cekau kan? Terpaksa jual rumah, kereta, atau tanah. Itu tandanya kesihatan kita ni lebih berharga dari harta benda. Beli kereta dan motorsikal pun wajib beli insuran. Nasib baiklah beli basikal tak perlu insuran. Kalau tidak, memang anak orang kaya je la yang mampu naik.

    Aku ada bertanya member aku selaku penjual insuran. "Insuran kesihatan ni tak cover ke kalau orang putus cinta?" pandai pulak aku bergurau. Bukan  apa, orang putus cinta ni pun akan mengalami masalah mental dan fizikal sampai ke tahap ada yang sanggup bunuh diri. Jadi memang patutlah diwujudkan insuran macam tu. Sekurang-kurangnya bila tengok duit, hilanglah sikit penderitaan tu. Wah, bernaskan pemikiran aku? Buaya darat lagi la ambik kesempatan lepas ni. Mencari cinta sambil menjual insuran. Boleh jadi jutawan segera.

    Satu lagi insuran yang patut cover ialah bila budak-budak berkhatan. Cedera parah sebenarnya berkhatan ni. Dah la lambat sembuh. Ada yang cakap berkhatan ni berbahaya dan boleh membawa maut. Jadi ibu bapa yang betul-betul sayangkan anak wajarlah membeli insuran sebelum mereka dikhatankan. Duit claim insuran tu boleh la beli ipad ke psp ke atau sebarang mainan sementara budak tu tak boleh berjalan. Kesian dengan budak-budak tu. Makan kena pantang, kalau tidak, bentan la jawabnya.

    Insuran seterusnya untuk bebudak yang kantoi exam. Betapa peritnya bila dapat result yang hampeh dan mengecewakan. Rasa nak tikam-tikam je tukang semak jawapan tu. Kalau boleh sekali sekolah atau kampus nak dibakar. Tu tandanya budak kantoi exam ni mengalami tekanan perasaan yang terlampau. Dengan duit yang di claim  tu rasanya boleh la hantar bebudak ni bercuti untuk tenangkan fikiran. Dapat la diorang mencari ilham hala tuju hidup diorang lepas ni walau mendapat result yang teruk.




    Kereta Pertama


    Setelah 23 tahun penat berjalan kaki dan berbasikal. Akhirnya aku mempunyai kereta sendiri. Proton Wira second hand engine convert Mitsubishi 1.5 menjadi tunggangan berenjin aku yang pertama. Nak beli kereta baru bukan tak mampu tapi takut ada bulan yang tersangkut tak pasal-pasal kereta kena tarik. Bak kata pepatah moden "second hand car using cash is much better than a new one using loan." . Setiap tahun pulak kena bayar insuran, roadtax, maintainance. Tu tak termasuk lagi duit petrol dengan repair kalau rosak. Tahunan je entah brapa ribu habis dekat dia. Bukan senang nak cari duit.

    Jadi aku rasa keputusan aku untuk membeli kereta second hand ni adalah pilihan yang bijak. Lagipun aku kan baru habis study. Kerja pun belum tetap. Orang bujang ni pun kena fikir jugak simpan duit untuk kahwin. Dapat kereta macam ni pun dah kira bersyukur. Senang sikit aku nak pergi kerja. Orang lain ramai yang naik motor je. Aku pun sebenarnya nak beli motor tapi apakan daya diharamkan oleh mak ayah aku. Diorang trauma selepas abang aku eksiden sampai patah kaki.

    Mudah-mudahan kereta baru aku ni tak rajin buat hal. Bawak kereta auto ni sebenarnya lebih senang berbanding manual. Tak perlu risau tentang enjin mati ditengah jalan. Memang rilex dan tak perlu tukar gear banyak kali. Aku pun belum biasakan dengan kereta aku ni. Mana taknya, belum sampai seminggu bertukar tangan. Orang tua pernah berpesan yang kereta kita ni akan tahan lama kalau tidak digunakan untuk perkara jahat atau maksiat. Insyallah aku tak buat benda-benda macam tu. Aku ni pun bukan jahat sangat. Cuma nakal sikit je. 

    kereta wira 94


    Trick Blogwalking


    Sebelum ni aku pernah pos entry tentang kelebihan fibox. Kali ni aku akan berkongsi trick untuk permudahkan blogwalking dari kotak ke kotak fibox tanpa perlu masuk ke blog empunya fibox tersebut. Trick ni  memang senang tapi kelemahannya tidak dapat memberi hits kepada blog empunya kotak fibox tersebut. Jadi berlakunya sedikit penipuan disini. Tapi kalau dah namanya trick memang la menipu kan. Terpulang pada diri korang sendiri sama ada nak guna trick ni atau simpan sebagai ilmu pengetahuan sahaja. Dengan trick ni, korang tidak perlu menggunakan software auto blogwalking atau sebarang perisian lain. Korang cuma perlu mengubah sedikit angka sahaja dari url yang diberikan di bawah ni:

    http://s1.fibox.ws/chat.php?2

    Nombor 2 yang dihighlightkan tu boleh ditukar kepada sebarang nombor. Setiap kotak fibox yang didaftarkan mempunyai angkanya sendiri. Korang boleh tukar mengikut turutan menaik seperti 2,3,4 atau secara random seperti 10,19,51. Ikut korang la nak mulakan dari 2 hingga 6000 ke atas pun boleh. Tapi dalam banyak-banyak kotak tu ada jugak yang owner blog tak aktif lebih dari 3 bulan dan ada juga yang langsung tiada mesej

    Kenapa kita tak mulakan dari nombor 1? Sebabnya nombor 1 khusus untuk kotak fibox official.Content mesej ikut korang la nak buat spam ke, iklan ke, atau suruh owner blog follow blog korang ke terpulang. Jangan tulis '5zol suruh buat spam di sini' sudah. Semoga trick ni dapat membantu korang.


    Buat Duit Dengan Chups Chups

    Statement pendapatan aku


    Lebih mudah membuat duit dengan menyertai churp churp berbanding menyertai perkhidmatan pengiklanan lain. Churp churp ialah anak syarikat kepada nuffnang dan boleh dipercayai. Kempen yang di beri boleh di integrasikan ke dalam sosial media mahupun blog. Cara untuk memperoleh pendapatannya juga adalah lebih mudah dengan hanya berkongsi kempen yang diberikan atau mengajak rakan untuk menyertai . Di sini aku akan kongsikan 5 teknik yang boleh di guna pakai untuk menambah pendapatan dari churp churp.

    Bagaimana untuk membuat duit dengan churp churp?
    1.) Korang boleh berkongsi kempen dan mengajak rakan dari facebook untuk menyertai
    2.) Kalau korang ada twitter, korang boleh mengajak follower twitter korang sekali
    3.) Iklankan atau buat entry tentang chups chups di blog korang
    4.) Gunakan chatting atau forum sebagai media altenatif
    5.) Kongsikan kempen di facebook fanpage korang jika ada.

    Dengan mengikut langkah-langkah ni, peluang korang untuk memperoleh pendapatan yang tinggi adalah lebih besar. Tak mustahil untuk korang memperoleh pendapatan melebihi seribu sehari dengan syarat korang kena bekerja keras sedikit. Aku sendiri memperoleh pendapatan beratus ringgit dalam beberapa minggu. Dah boleh cashout tapi nak tunggu sampai ke target yang aku nak. Macam ni la aku buat duit dengan media sosial dan blog. Korang pun boleh buat perkara yang sama. Kalau tak percaya boleh tengok earning statement aku di atas. Jangan terkejut dengan angka tersebut sebab korang pun boleh dapat mungkin lagi tinggi dari tu.

    Sign up  sini sekarang dan korang sudah boleh menjana pendapatan extra serta merta.


    Udang Lipan Makanan Laut Eksotik


    Ini namanya udang lipan. Ianya merupakan makanan laut paling eksotik yang pernah aku makan selain dari sotong katak. Rasanya boleh tahan manis dan sedap. Aku pernah terdengar yang udang lipan ni mujarab untuk mengubati penyakit asma. Tapi tak tahulah kepastian yang sebenar. Ada yang menyebut udang lipan sebagai udang mentadak atau udang ronggeng. Kenapa ia dinamakan begitu? Kerana ia mempunyai bentuk seakan seekor lipan dan ada juga yang mempunyai bentuk seperti mentadak. Menurut catatan yang pernah aku baca, udang lipan mempunyai pelbagai warna dan banyak menghabiskan hidup sembunyi di dalam lubang atau sarang. Patutlah tak banyak yang ditangkap dan dijual dipasar.

    Masakan apa yang sesuai untuk memasak udang lipan ni? Sebenarnya ia adalah sama seperti udang biasa di mana apa juga masakan yang sesuai untuk udang biasa juga sesuai untuknya. Ada juga yang membuat mee kuah udang lipan. Wah, dengar pun dah terliur. Masakan yang pernah dimasak oleh mak aku sendiri menggunakan udang lipan ialah masak lemak, kari, dan goreng biasa. First time aku tengok udang lipan ni masa tingkatan tiga. Kulit udang lipan sebenarnya agak keras dan tajam ditepi. Jadi, untuk siang udang lipan   perlu menggunakan cara yang betul. 



    Kukubird VS Anu


    "Kukubird." apa benda la yang kawan cina aku ni mengarut. Mentang-mentang la aku tak faham bahasa dia ikut suka je apa yang dia nak cakap. Yang aku tahu bird ni dalam bahasa inggeris bermaksud burung. Burung terkukur agaknya. Jadi, aku buat tak kisah je la dengan perkataan tu. Satu hari aku diberitahu maksud perkataan tersebut. " Kukubird itu budak lelaki punya meh...." . Cis, mencarut rupanya budak cina ni. Tapi aku diperjelaskan bahawa dalam bahasa cina perkataan tu bukan mencarut. Ianya seperti perkataan double meaning ditujukan secara sopan pada ^&$%^ budak lelaki. Kalau dewasa lain sebutannya dah memang confirm mencarut. 

    Pada pendapat aku, perkataan ni baik jangan digunakan. Takut nanti berlakunya salah faham atau perkara yang tidak diingini. Apakah yang aku maksudkan? Cuba kita imbas kembali krisis tajuk lagu 'Negaraku' yang ditukar menjadi 'Negarakuku'. Wah, biadab sungguh tajuk tersebut. Majoriti rakyat Malaysia yang marah kerana isi kandungan lagu tersebut tetapi tidak tahu bahawa tajuk lagu tersebut pun sudah cukup memalukan. 

    Itu baru perkataan dalam bahasa cina, macam mana pula dengan bahasa melayu? Ada satu perkataan yang jika disalah tafsir membawa maksud yang sama iaitu 'Anu'. Memang aku ketawa besar bila kawan aku dari sabah berkata "Anu aku....." . Rupa-rupanya anu yang dimaksudkan itu adalah 'lupa'. Aku terfikir yang ianya sinonim seperti kukubird. Perkataan anu ini memang digunakan secara meluas dalam perbualan harian bagi orang-orang Sabah. Amat jarang untuk orang semenanjung menggunakan perkataan ni. Perkataan ini sebenarnya agak sopan untuk digunakan jika dibawa maksud kepada %&^*. Lain-lain perkataan mungkin agak kasar dan boleh dikategorikan sebagai mencarut. 

    Untuk pembaca entry ini yang masih bersekolah, jika cikgu bertanya "Mengapa tidak siapkan kerja sekolah?" jangan pula korang menjawab "Anu cikgu!" Kalaulah cikgu tersebut salah faham memang confirm kena rotan atau lari keliling sekolah. Jadi jawablah dengan jawapan yang lebih mudah difahami.

    gambar hiasan sumber dari google



    Tupperware Dari Cikgu


    Tahun 1998, seorang pelajar darjah 2 bertanya pada gurunya, "Mengapa setiap kali menang kuiz cikgu hadiahkan tuperware?" Guru tersebut menjawab, "Bila kamu dah besar, kamu akan faham". Pelajar itu tidak mengerti dengan jawapan yang diberi. " Tak kisahlah, janji hadiah." Lalu pulanglah pelajar tersebut ke rumah dan menunjukkan hadiah tersebut kepada ibunya.

    Selang berbelas tahun kemudian, pelajar tersebut telahpun menamatkan pengajian. Tiba suatu hari ketika rajin mengemas rumah, secara tidak sengaja matanya terpandang sebiji tupperware..Memorinya mengimbas kembali dizaman persekolahan lalu teringat peristiwa dirinya dengan guru tersebut. Dia terfikir sejenak mencari maksud disebalik jawapan guru itu. Terlintas di hati lalu berkata, "Tupperware ni untuk isikan bekalan kan? maksudnya......." . Pelajar tersebut tersentap seketika lalu menitiskan air mata. 

    Memang itulah yang dimaksudkan oleh guru tersebut. Tupperware kosong yang tiada apa-apa hanya akan ditinggalkan, tetapi jika diisi bekalan akan dibawa kemana-mana. Begitulah perumpamaan pelajar yang diberikan bekalan oleh gurunya untuk kejayaan di masa hadapan. Siapakah pelajar tersebut? Jawapannya adalah aku sendiri. Selamat hari guru. Cikgu ' I love U'.



    Tips Backlink Untuk Bloggers


    Berblogging ini sebenarnya lebih menarik dari melayari laman sosial seperti facebook mahupun twitter. Kita boleh mencurahkan kreativiti, menambah kenalan baru, menambah ilmu pengetahuan mahupun mencari pendapatan sampingan melalui blog. Secara personalnya aku sendiri telah menambah ramai kenalan bloggers. Untuk kali ini aku menulis sedikit tips dan maklumat tentang external backlink secara langsung dan tidak langsung untuk dikongsi bersama. Semoga ianya dapat membantu.

    Dalam berblogging ni sebenarnya jarang terjumpa entry yang menulis tentang bloggers lain. Kecualilah jika terdapat segmen atau contest tertentu. Beruntunglah jika terdapat entry ditulis 100% tentang kita. Entry sebegini secara tidak langsung dapat mempromosikan blog kita kepada bloggers lain. Sebagai contoh yang boleh aku beri ialah entry blogger Nurul ini. Rajin pulak dia menulis tentang aku. Awek aku ke ni? Em, kalau ada rezeki tu adalah. Boleh tahan jugak awek ni menulis entry tentang aku. Seperti luahan perasaan pulak. Tapi bukan itu yang aku nak perkatakan, maksud sebenar yang aku hendak sampaikan ialah terdapat backlink dari entry tersebut ke blog aku secara tidak langsung. Jadi, dalam dunia blogging ini adalah satu keuntungan besar yang boleh menjana trafik ke blog aku jika terdapat bloggers lain yang membaca entry tersebut. Contoh lain external backlink yang aku dapat ialah dari entry Moon's blog ni.

    Tips seterusnya jika hendak meninggalkan komen, pastikan korang meletakkan signature link URL terus ke blog korang dibawah komen dengan contoh code html berikut:

    <a href="http://5zol-saidsomething.blogspot.com/">http://5zol-saidsomething.blogspot.com/</a>

    Maka ianya akan keluar signature seperti ' http://5zol-saidsomething.blogspot.com/ ' dibawah komen tersebut. Boleh juga jika aku gantikan signature menggunakan singkatan seperti ' 5zol ' tetapi percentage pembaca untuk mengetahui itu adalah linking tipis. Tips ini aku belajar dari bloggers luar tentang bagaimana untuk meningkatkan trafik ke blog. Adakah ianya berkesan? Lihatlah sendiri dari hasil yang aku dapat. Ianya boleh terus bertahan selagi entry tersebut menjadi tumpuan pembaca dan tidak dibuang oleh blogger tersebut.



    Sebenarnya masih terdapat banyak cara untuk mendapatkan external backlink seperti berforum, link exchange sesama bloggers, mempromosikan di laman sosial atau berchatting. Kesimpulan yang boleh aku berikan ialah semakin banyak backlink yang kita perolehi, semakin tinggi penjanaan untuk trafik. Jika entry ini membantu, sila tinggalkan sedikit komen di bawah.