Kukubird VS Anu


"Kukubird." apa benda la yang kawan cina aku ni mengarut. Mentang-mentang la aku tak faham bahasa dia ikut suka je apa yang dia nak cakap. Yang aku tahu bird ni dalam bahasa inggeris bermaksud burung. Burung terkukur agaknya. Jadi, aku buat tak kisah je la dengan perkataan tu. Satu hari aku diberitahu maksud perkataan tersebut. " Kukubird itu budak lelaki punya meh...." . Cis, mencarut rupanya budak cina ni. Tapi aku diperjelaskan bahawa dalam bahasa cina perkataan tu bukan mencarut. Ianya seperti perkataan double meaning ditujukan secara sopan pada ^&$%^ budak lelaki. Kalau dewasa lain sebutannya dah memang confirm mencarut. 

Pada pendapat aku, perkataan ni baik jangan digunakan. Takut nanti berlakunya salah faham atau perkara yang tidak diingini. Apakah yang aku maksudkan? Cuba kita imbas kembali krisis tajuk lagu 'Negaraku' yang ditukar menjadi 'Negarakuku'. Wah, biadab sungguh tajuk tersebut. Majoriti rakyat Malaysia yang marah kerana isi kandungan lagu tersebut tetapi tidak tahu bahawa tajuk lagu tersebut pun sudah cukup memalukan. 

Itu baru perkataan dalam bahasa cina, macam mana pula dengan bahasa melayu? Ada satu perkataan yang jika disalah tafsir membawa maksud yang sama iaitu 'Anu'. Memang aku ketawa besar bila kawan aku dari sabah berkata "Anu aku....." . Rupa-rupanya anu yang dimaksudkan itu adalah 'lupa'. Aku terfikir yang ianya sinonim seperti kukubird. Perkataan anu ini memang digunakan secara meluas dalam perbualan harian bagi orang-orang Sabah. Amat jarang untuk orang semenanjung menggunakan perkataan ni. Perkataan ini sebenarnya agak sopan untuk digunakan jika dibawa maksud kepada %&^*. Lain-lain perkataan mungkin agak kasar dan boleh dikategorikan sebagai mencarut. 

Untuk pembaca entry ini yang masih bersekolah, jika cikgu bertanya "Mengapa tidak siapkan kerja sekolah?" jangan pula korang menjawab "Anu cikgu!" Kalaulah cikgu tersebut salah faham memang confirm kena rotan atau lari keliling sekolah. Jadi jawablah dengan jawapan yang lebih mudah difahami.

gambar hiasan sumber dari google



8 yang bergurau:

syafiqa berkata...

perghhhh
haha

Unknown berkata...

huhu... klu x faham, wat2 paham sudah...

CHEGU ALONG berkata...

nape xsiap? anu cikgu!
* kalau xtau, pengsan cikgu.jenuh jgk kalau cikgu tak phm.huhu :P

Unknown berkata...

tu maknanya ilmu cikgu x khatam lgi...

Lina berkata...

hahahah .. klu tuk org sabah xksh .sbb mnjdi kebiasan klu lupa sesuatu.. haha tp klu buat kat semnajung smua pelik tba2 ckp bnda x berfaedah. hahaha.. apapon seronok dpt blaja bnda bar.. wohaaaaaaaa

Unknown berkata...

haha... terhibur org sabah mngaku prkara sbnr...

farah berkata...

hahahaha...dhsyat tol cine tu :D

Unknown berkata...

hehe... segan nk ckp..