Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti. Papar semua catatan

Bandung aku datang....


Julung kalinya aku berjaya mengeluarkan kaki dari bumi Malaysia. Destinasinya Bandung. Awal-awal tu memang teruja, tapi bila dah sampai sana tak banyak beza pun dengan Malaysia. Bahasa tempatan yang diorang gunakan mudah faham. Dalam 30 patah yang diorang cakap, lebih kurang sepatah dua je yang perlu dirujuk kamus. 

Bandung aku datang

Orang Malaysia ni bila sampai di Bandung semua dianggap kaya. Almaklum la sampai sana kebanyakan untuk bershopping. Duit dibawa dari Malaysia pada asal beratus dah bertukar berjuta. Maksudnya kebanyakan pelancong Malaysia ke sana hampir kesemua bergelar jutawan. Kalau di tengok sistem jalan raya diorang memang takut sebabnya terlalu berasak-asak langsung tak sama seperti Malaysia. Motorsikal pulak mencelah ikut suka je. 

Bandung aku datang

Waktu Bandung dengan Malaysia bezanya sejam. Kalau Malaysia pukul 7, waktu di Bandung pula pukul 6. Bila diterangkan oleh pemandu pelancong, rupa-rupanya waktu di Indonesia tidak selaras seperti di Malaysia. Indonesia mempunyai tiga waktu berbeza dan waktu yang diguna pakai oleh aku di sana adalah waktu Bandung. 

Bandung aku datang

Kebanyakan kedai beroperasi hanya sehingga pukul 10 malam waktu Bandung. Kalau atas pada waktu tersebut nak merayau-rayau, memang tak ada lokasi menarik Yang ada hanyalah gerai-gerai kecil yang menjual bakso atau apa sahaja makanan tempatan. Jadi waktu tersebut aku sekeluarga mengambil keputusan untuk bersantai di hotel sementara menunggu pagi.

Bandung aku datang