Semalam aku berjalan di pasar malam yang berdekatan. Sedang berjalan, teringin pula untuk makan ayam goreng lalu aku singgah disalah sebuah gerai. "Berapa ringgit kak?" aku bertanyakan pada tauke gerai tersebut. "Seringgit empat kupang ja dik." jawabnya. Aku mengeluarkan wang secukupnya lalu memberikan kepada tauke tersebut. "Eh dik, akak tak terima duit Singapore ni." Syiling 20 sen Malaysia keluaran siri ke tiga disalah erti sebagai wang Singapura.
Rupanya masih ada segelintir rakyat Malaysia tidak tahu akan kewujudan syiling baru ini. Tapi aku tak salahkan tauke gerai tu. Mungkin dia terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk menonton televisyen atau membaca akhbar. Terus terang aku sendiri jarang mendapat syiling tersebut. Syiling 5 sen langsung aku tak pernah tengok di depan mata.
Yang menjadi masalah lain ialah syiling 20 sen yang mempunyai saiz hampir sama dengan 10 sen. Sebelum ini, kalau kita seluk poket je kita sudah tahu syiling apa yang kita pegang berdasarkan saiz yang berbeza. Tapi sekarang, kita perlu mengeluarkan syiling tersebut dari poket untuk membezakannya dengan mata. Susah juga untuk kita membiasakan diri tapi sama ada mahu atau tidak, kita tetap perlu menerima perubahan.
Satu lagi dari pengalaman aku dimana tauke kedai cukup susah untuk mengembalikan baki dari apa yang aku beli dalam bentuk syiling baru sedangkan aku nampak sendiri di kaunternya banyak syiling baru. Punya la susah dia cari syiling lama untuk diberikan kepada aku. Apa dia ingat syiling lama ni dah nak dilupuskan ke? Atau dia sendiri nak kumpul kesemua syiling baru untuk dijadikan koleksi peribadi? Terus terang aku cakap tauke kedai tu tidak berfikiran matang.
13 yang bergurau:
Aku belum pernah lagi guna syiling baru ni. pernah tngok depan mata skli je..
betul tuu . saiz duit baru tu da dekat-dekat same . kalau tak tenung duit tu memang tak tawu die brape sen . hahaa
5zol tgk blakang x cam... nak kena tgk angka tu...
hahaha.. aq kumpul duit ni.. sebab kat sabah xbyk lg duit ni.. still guna duit lama lg.. haha ..
lina pun sama mcm tauke kdai tuh.. :p
bagusnya tampilan uang receh itu ehhhe
mulanya aku ingat orang yang ketuk2 duit tu bagi jadi lekuk2..
memang comel n terlalu ringan... tak terasa pegang duit...
problem gak...slalu kene kalau orang nak pulangkan baki mesti dapat 5 sen dan bukannya seposen...saiz sama...kene tengok bebtul...huhuhh!!
nasib badan.. ramai yg mngeluh pasal duit baru ni...
xpenah merasa lg duit bru ni XD
sabarr.. nnti dpt la tu
ntah sapa la punya idea sukasuke tukar syiling nih..syiling stail lama lebih praktikal dari segi bentuknya..
Catat Ulasan