Tupperware Dari Cikgu


Tahun 1998, seorang pelajar darjah 2 bertanya pada gurunya, "Mengapa setiap kali menang kuiz cikgu hadiahkan tuperware?" Guru tersebut menjawab, "Bila kamu dah besar, kamu akan faham". Pelajar itu tidak mengerti dengan jawapan yang diberi. " Tak kisahlah, janji hadiah." Lalu pulanglah pelajar tersebut ke rumah dan menunjukkan hadiah tersebut kepada ibunya.

Selang berbelas tahun kemudian, pelajar tersebut telahpun menamatkan pengajian. Tiba suatu hari ketika rajin mengemas rumah, secara tidak sengaja matanya terpandang sebiji tupperware..Memorinya mengimbas kembali dizaman persekolahan lalu teringat peristiwa dirinya dengan guru tersebut. Dia terfikir sejenak mencari maksud disebalik jawapan guru itu. Terlintas di hati lalu berkata, "Tupperware ni untuk isikan bekalan kan? maksudnya......." . Pelajar tersebut tersentap seketika lalu menitiskan air mata. 

Memang itulah yang dimaksudkan oleh guru tersebut. Tupperware kosong yang tiada apa-apa hanya akan ditinggalkan, tetapi jika diisi bekalan akan dibawa kemana-mana. Begitulah perumpamaan pelajar yang diberikan bekalan oleh gurunya untuk kejayaan di masa hadapan. Siapakah pelajar tersebut? Jawapannya adalah aku sendiri. Selamat hari guru. Cikgu ' I love U'.



18 yang bergurau:

vendettatraveller berkata...

soo sweet laa . sy pon tak penah terpikir kenape cikgu dulu suka bagi tupperware sbgai hadiah^^

5zol berkata...

yup.. mmg ada yg trsirt dlm pmberian.. buknnya sbb murah je..

leakedknowledge berkata...

mahal kot tupperw igt murah ker.huhu

5zol berkata...

murah la dri beli cerek elektrik... kan2..

hazzim™ berkata...

macam ringkasan cerpen jew citer ni .. hehe

5zol berkata...

ringkasan dri kisah hidup.. wat pnjang x de sape nk baca.. biar pendek jnji brmakna..

A berkata...

mendalam maksudnya . hehe . :)

5zol berkata...

cikgu yg ikhlas mngajar akn lakukan yg trbaik utk plajarnya...

farhalurve berkata...

o0o...ptut laa..
haha :0

5zol berkata...

rsa rmai gak yg dpt tupperware nih.. x tau la klu ade cikgu yg kbtulan wat direct selling..

CHEGU ALONG berkata...

meh sini cikgu nk bg tupperware jgk. :P

5zol berkata...

cikgu ni suka main Multi Level Marketing (MLM) ... x mo ah cikgu.. sok susah nk cri downline..

CHEGU ALONG berkata...

uish..cikgu xbuat bisnes.cikgu pon pkai bekas cap rm2 ja. :P

5zol berkata...

sengketnye chegu.. pau je duit bebudak... x pun gelap duit PIBG...

Fiza Diaries berkata...

dulu setiap kali fiza menang pertandingan mesti cikgu bagi hdiah tupperware.. sampai fiza boleh agak dah hdiah pee yg cikgu akan bg.. tak terdetik plak nak tanya cikgu kenapa mesti hdiah tupperware.. budak-budak lahh kan masa tuu.. sekarang baru laa fiza tahu apa yg tersirat dgn hdiah tupperware tu..

5zol berkata...

klu 5zol hadiahkan tupperware untuk Fiza plak apa ertinya ek?

Tanpa Nama berkata...

wow...nice tuppure...apa pun thanks bro sudi buat enry tu..
Sudilah kiranya singgah dan komen di entry saya..bagi memudahkan untuk saya balas jejak....: Walaupun buruk tetapi masih lagi mampu berjalan seluruh malaya

5zol berkata...

ye.. tq coz singgah..