Followers Bukan Pembaca

Sering juga aku dengar yang kalau beribu followers pun tak guna kalau diorang tak ziarah blog kita. Aku setuju dengan kenyataan tu. Buktinya tak banyak komen yang aku dapat pada entry-entry blog aku. Mungkin entry aku tak menarik agaknya. Tapi ada juga entry aku yang mendapat sambutan. Aku nak dapat visitor 100 orang sehari pun susah kalau malas blogwalking.

Kalau yang ada beribu followers tu tahniah la aku ucapkan. Tapi jangan pula sampai menghina blog yang followers sedikit. Macam kisah aku mula-mula berblogging dikakikan oleh seorang blogger sebab follower tak sampai 10 orang. Hebat sangat ke blog dia, tengok followers pun tak sampai seribu. Entry dia pun tak banyak komen. Sepatutnya kalau dah rasa diri tu bagus berblogging kena la support bloger baru. Aku memang respect dengan Ben Ashaari, walaupun femes selalu support bloggers lain dan kasi laluan untuk bloger baru menempa nama.

Walaupun kadang-kadang kita rasa entry kita menarik, tetapi masih belum mampu memikat selera pembaca. Penat dicari sumber dan mengalih bahasa tapi tak dapat sambutan. Kesian kan? Contohnya macam entry ikan menyeramkan yang aku pos sebelum ni. Dah ping beberapa tempat tapi satu komen pun tak ada. Tapi itulah cabaran seorang bloger. Kita tak boleh paksa untuk orang komen dan meminta belas kasihan. Itu semua hak diorang untuk komen atau tak.

Sepanjang pengalaman aku berblogging (dalam lingkungan 4 bulan dari tarikh hari ini ), Alhamdulillah ramai juga yang kasi support. Datang ucap selamat pagi pun dah cukup menggembirakan walaupun tak baca enty. Sebab tu lah blog disyorkan untuk mempunyai shoutbox untuk senang orang tinggalkan ucapan dan jejak. Malangnya ada juga yang salah guna siarkan iklan tanpa kebenaran.


17 yang bergurau:

Lina berkata...

tp aq kan rajin jenguk 5zol... aq kan suka komen 5zol jgk.. hak2..

Unknown berkata...

huish laju dia....

Pecinta pink^^ berkata...

sy setuju:)tpi rmai juga yg jdi silent reader..

Unknown berkata...

ha ah kan.. tpi trima kasih jugak la sudi mmbaca..

Sue Bee berkata...

jum gi buat biskut raya kat blog sue..

Unknown berkata...

buat biskut ke karipap?

Kitty berkata...

Kalau dulu blog Kitty yang satu tu ramai pembaca sebab rajin blogwalking. Tapi semenjak kitty jadi malas, pembaca pun kurang. Huhuhuhu.

Unknown berkata...

kucing mana ade rajin kitty... malas sntiasa..

Tanpa Nama berkata...

agree! dulu kat my old blog, certain2 post je org suke baca. tp klau dh jd blogger otai mmg fllower sllu ekut update dorg -.-

myfreeminded berkata...

Sy dh mula suka baca blog bila sempat, tapi sy tulis blog sbb sy nk tulis & share apa2 yg trlintas kt kepala ni... anyway.. ur blog menarik apa...

Unknown berkata...

saya sokong YB..haha

Unknown berkata...

huhu.. makasih sbb undi...

Unknown berkata...

follower ramai @ sikit..
yang penting kita dapat berkongsi maklumat.

eidah mazidah berkata...

lain org lain taste..bdw..jdi diri sendiri :')

fyna berkata...

betul2.. ada sesetengah memperlekehkan blogger lain sebab jumlah follower. huhuhu. follower fyna pun tak ramai. (walaupun blog lama fyna follower hampir cecah 4k)
tapi memang adat sebagai blogger, anggap sahaja benda itu cabaran. insyaAllah akan berjaya.


p/s : opss.. dah macam entri lak.. ngeee...

ejulz berkata...

betul tu bro.. hehehe. dlm beribu @ beratus, brp puluh org je slalu singgah n komen.. hehe



Hadiah menarik;
TEMPAT PERTAMA : Barang Sophie Paris bernilai RM50 dan ke bawah.

TEMPAT KEDUA : Barang Sophie Paris bernilai RM 25 dan ke bawah.

TEMPAT KETIGA : Barang Sophie Paris bernilai RM15 dan ke bawah.


Kalau sudi join segmen pertama ejulz k..
http://kampung-kameq.blogspot.com/2012/07/segmen-menangi-hadiah-sophie-paris.html

SITI berkata...

Jangan sedih2...:)