T-Shirt Own Design


Mesti ramai yang inginkan t-shirt yang mempamerkan design sendiri. T-shirt sebegini mempunyai identiti yang unik serta memberi kepuasan pada pemakainya. Kos penghasilannya adalah lebih mahal berbanding t-shirt yang menggunakan design sedia ada.


T-shirt ini dicetak terus menerusi mesin pencetak khas. Cara penghasilan jauh berbeza dan lebih mudah berbanding percetakan Silk Screen. Untuk percetakan Silk Screen, lebih banyak warna yang digunakan, lebih mahal harga untuk penghasilannya. Dengan mesin pencetak ini, kita boleh memilih sebarang warna tanpa had.




Harga sehelai baju dari saiz XS-L ialah RM48 dan untuk size XL ialah RM58. Sebelum ni aku membuat tempahan di Pertama Kompleks. Lain-lain lokasi mungkin harganya berbeza. Inilah t-shirt terbaikku malah ianya mempunyai nilai sentimental yang begitu berharga.


Anak Kampung


Ingat lagi tak dengan kumpulan Zero finalist Raja Lawak 6 yang mendapat tempat kedua? Banyak persembahan yang mereka persembahkan menampilkan lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat. Aku rasa ramai yang belum pernah mendengar lagu ni sehinggalah ia dinaikkan oleh kumpulan Zero. Lagu Anak Kampung ni berasal dari Sabah. Ianya lebih kepada lagu kenegerian. Tidak hairanlah jika ia tidak dikenali sebelum ni. Uniknya lagu ni telah di parody kan dalam beberapa versi termasuklah dalam dialek Kelantan.

Zookeeper


Korang pernah tengok cerita zookeeper tak? Aku sendiri pernah volunteer menjadi zookeeper selama satu hari di Zoo Negara. Seronok dapat mendekatkan diri dengan haiwan liar ni tapi taklah seliar harimau atau singa.


Peristiwa paling menggerunkan ketika tu Hyeina atau nama melayunya Dubuk terlepas dari sangkar. Apa lagi, aku dengan kawan-kawan masing-masing pegang penyapu dan berkurung dalam kandang kosong sementara zookeeper sebenar yang expert menguruskan Dubuk tu.



Tugas utama aku mencuci kandang Capybara dan Landak. Capybara ni spesis tikus paling besar didunia dan sebenarnya agak jinak. Ia boleh dibelai dan dipegang. Masa awal-awal masuk kandang ni takut juga. Tapi setelah dibantu dan diberi motivasi oleh supervisor kami, kami menganggap Capybara ni seperti kucing dan tiada apa perlu ditakutkan.

Tangan


Lagu ni adalah salah satu lagu cina kegemaran aku. Walaupun hanya beberapa kerat sahaja yang aku faham, ia tetap dapat mempengaruhi perasaan dan jiwa pendengarnya. Memang agak sedih dah sayu bila mendengar muzik ni. Setelah di translatekan ke bahasa melayu, tajuk lagu ni membawa maksud 'tangan'.

Paper CutCraft

Comel kan? ... Favourite sangat...

Ni la hobi aku time masa lapang, godek-godek internet cari paper cut template terus print. Potong-potong pastu lekat gam. Maka jadi la paper cut craft patung karakter yang aku nak. Comelkan patung-patung kertas ni? Sesuai hias atas meja. Selalunya patung kertas yang aku buat ni tak tahan lama. Diterbangkan angin la, terpenyek la, terpijak la dan macam-macam lagi.

1st time naik ERL



First time naik ERL dari KL Sentral ke Putrajaya Sentral dengan tambang  RM9.50. Train mula dari jam 4.30 pagi. Memang terlalu awal berbanding train lain.

Graduasi


Inilah saat-saat yang ditunggu oleh para siswa dan siswazah. Hari Graduasi yang membawa seribu makna diatas segala pengorbanan dari kita dan seluruh insan sekeliling terutamanya ibu bapa. Aku sendiri telah selamat memegang Ijazah Sarjana Muda kepujian Multimedia dari Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU) pada tahun 2012. Banyak lagi rintangan yang akanku hadapi untuk hari yang mendatang.

Central Market

Bukan main happy parent's aku time bawa jalan-jalan dekat Central Market. Shopping sakan.

Beg kulit ala-ala Red Indian yang menarik minat abah aku.
Sebelum konvo, sempat juga aku bawa family berjalan-jalan. Lokasi yang menjadi pilihan ialah Pasar Seni dan Petaling Street. Mak aku ni sebenarnya kaki shopping, banyak juga barang yang diborongnya. Abah aku pula jenis yang suka dengan barangan yang pelik-pelik. Sememangnya lokasi yang aku bawa ni sesuai untuk diorang. Letih juga berjalan dari Brickfield ke situ tapi memang berpuas hati. Kalau naik bas, tiket untuk seorang baru RM1. Kalau naik teksi, driver yang tidak beretika tanpa menggunakan meter akan cas sekitar RM10-RM15. Kalau menggunakan meter dalam sekitar RM5-RM6 sahaja.

Karya Dari Botol


Uniknya penghasilan karya dari botol dan pasir ini. Mamat arab di Pasar Seni ini menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Aku sendiri berasa kagum dengan cara ia disiapkan. Satu botol dijual dengan harga diantara RM30 - RM75. Hanya mereka yang berbakat dan terlatih boleh melakukan hasil seni sebegini

Bila Tumbuh Gigi

Anak saudaraku yang sulung ni baru nak pandai berjalan. Masuk bulan ni genap setahun usianya. Gigi pun dah makin tumbuh sampai adakala jari aku sendiri yang digigitnya. Bukan main sakit. Kalau aku jerit dia terus ketawa. Mungkin bagi seorang bayi ini adalah hiburan. Susah sebenarnya nak memahami bayi ni sehinggakan kita sendiri yang perlu menjadi bayi. Huduhkan bila orang tua jadi bayi? Hanis dah boleh bercakap beberapa perkataan dan sedikit sebanyak dia faham percakapan aku. Kehadiran Hanis menjadi penyeri keluargaku. Mudah-mudahan Hanis dapat menjadi suatu kebanggan apabila telah dewasa.