Conteng lagi


Masa kecik dulu aku selalu conteng dinding rumah. Masa sekolah pulak selalu conteng tandas. Sekarang dah besar, tempat paling sesuai untuk menconteng adalah di alam maya. Sebenarnya menconteng ni bukannya hobi, sekadar memberi kepuasan. Puas apabila orang melihat dan membaca contengan aku. Tapi disebalik contengan tu pasti ada risikonya. Kalau conteng dinding rumah, kena tampar dengan mak ayah, conteng tandas sekolah kena rotan dengan cikgu, silap contengan alam maya jadi buruan jenayah siber. Pada aku, setiap contengan tu boleh dianggap seni. 

Contengan adalah seni yang mudah untuk luahkan perasaan dan diri kita yang sebenar. Tidak kesemua kita sukakan sesuatu yang baik dan elok. Ada juga perkara yang tak baik lagi kita suka. Semua tu normal sebab manusia dikurniakan akal dan nafsu. Conteng di tempat terlarang adalah sebahagian dari nafsu kita. Tak kisahlah nak conteng mana pun asalkan tak mengaib dan menyusahkan orang sudah. Sebut pasal contengan ni, mesti ramai yang tahu tentang seni grafiti. Dahulunya grafiti hanya dianggap jenayah vandalisme, namun kini ia dianggap salah satu seni yang dikagumi. Contengan tak memerlukan modal yang besar, cukup sekadar pen atau pensil. Keyboard pun boleh digunakan. Mungkin orang ingat menconteng ni perlu melukis. Sebenarnya tak perlu. Guna teks pun dah cukup.


6 yang bergurau:

khairolina berkata...

aq suka conteng dinding uma.. tp nak conteng tandas awam tu xpena la plak.. haha.. tu dah kira vandalisme kn?? haha.. tp aq pena conteng tmpt duduk bas.. siok kot.. mcm rasa diri tu paling gangster.. haha

Faizol Dee berkata...

haha.. paling x bley blaj klu conteng muka kawan tgh tido..

Cik Nur berkata...

kadang2 menconteng ni juga boleh buat kita lega..tambah2 kalau tengah stress..!

Faizol Dee berkata...

mnconteng jugk utk cri idea....

Mia Liana berkata...

biasalah conteng2 memang seronok. nak2 bila ngantuk masa kursus... huhu abis kertas dicontengnya..

Faizol Dee berkata...

haha.. btul tuh..