Senyum dan Ketawa


Walaupun kita berbicara dalam bahasa yang berbeza, namun kita akan ketawa dalam bahasa yang sama. Dunia yang kita cintakan ini hiasilah ia dengan senyuman. Mungkin adakalanya kita tersenyum hanya sekadar untuk menutup kekecewaan, namun sekurang-kurangnya senyuman kita berharga bagi membahagiakan orang lain. Menangis pula bukanlah sesuatu yang salah, asalkan ianya tidak tidak dibazirkan untuk sesuatu yang sia-sia. Tidak dinafikan suka-duka adalah corak kehidupan, namun kita berhak memilih corak apa yang kita mahukan. Insyaallah, jika korang memberi aku senyuman, akanku balas semula dengan senyuman. Biarpun berbeza latar belakang, pada aku kita semua tetap sama. 


4 yang bergurau:

Cik Nur berkata...

kalau nak nampak muda sentiasa macam nur, kenalah senyum selalu..hihih

Faizol Dee berkata...

eleh.. prasan..

A berkata...

kekadang nampak orang lalu , senyum . :D tapi orang tu tak balas pun . sedih . :'<

Faizol Dee berkata...

sabar2.... org mnyombong x smestinya kita pun kena sombong..