Master 4D


Flyers ni sampai ke pagar rumah aku beberapa hari yang lepas. Terkejut bila baca isi kandungan flyers ni. Aku ingat pasal ajaran buddha ke ape. Rupanya pasal nombor ekor 4D siap ada master yang jadi perantara. Boleh jadi jutawan segera ni. Tapi sebagai seorang islam aku tak mudah terpengaruh. Dah lah dapat dosa berjudi, dosa syirik pun dapat. Kaya dengan cara yang dimurkai Allah hukumnya haram. Duit tu pun akan jadi darah daging bawa ke mati. Aku pelik macam mana flyers macam ni boleh terlepas ke kawasan perumahan melayu. Malah ada translate ke bahasa melayu seperti ada sesuatu yang tersirat. Kalau bahasa cina tu tak kisahlah mungkin budak yang kasi flyers ni pakai hantar ja. Harap-harap lepas ni pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan demi menjaga akidah umat islam.

Homeless

Antara pengalaman yang tidak boleh aku lupakan ialah mengikut seorang teman menjejaki homeless di serata Kuala Lumpur. Sebenarnya ini adalah tugasan kerja khususnya tapi tak salahkan kalau aku turut serta? Pelbagai peringkat umur dan bangsa hidup sebegini malahan bayi juga tidak terkecuali. Kami menjejaki dari tempat tidur sehinggalah ke tempat-tempat aktiviti harian mereka .  

Dimana tandas dan bilik air mereka? 
Ramai diantara golongan ni menjadikan jejantas, longkang atau lorong-lorong sempit sebagai tempat membuang sisa najis.

Bagaimana dengan aktiviti harian mereka?
Majoriti diantara mereka hidup mengemis dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan punca rezeki inilah mereka membeli keperluan harian. Tapi jangan terkejut, pendapatan pengemis ni adakalanya boleh mencecah RM100 hingga RM300 sehari.

Kenapa mereka menjadi begini?
Ramai diantara mereka tidak berkemampuan untuk membeli atau menyewa rumah, pesakit mental, cacat upaya, dan dibuang keluarga contohnya seperti warga tua dalam gambar diatas.  Tiada pekerjaan turut menjadi penyumbang terhadap masalah ini.



Dialog Box



Masa tengah bosan, aku ada melukis kartun dan kartun ni masih belum berdialog. Sebenarnya aku tak ada idea untuk cari jalan cerita waktu tu.  Aku melukis sekadar suka-suka. Karakter yang aku lukis dalam kartun ni semuanya unik dan datang dari imaginasi aku sendiri. Comel kan?



Kalau aku dapat siapkan agak-agak boleh terjual tak? Mana tahu kalau boleh dijadikan job parttime kan. Tapi untuk menjadi kartunis sebenar harus mempunyai bakat. Mungkin aku berbakat tapi bakat aku terlalu kecil kalau dibandingkan dengan katunis lain. Walau apapun, aku enjoy dengan artwork aku. Biarlah kalau orang nak gelakkan aku yang penting aku puas hati.

Boucer Buku 1M


Ramai para siswa dan siswazah seronok bila dapat Boucer Buku 1 Malaysia dengan nilai RM200. Boucer ni dikeluarkan untuk pembelian buku dan alat tulis untuk membantu pembelajaran. Tapi ramai pula yang salah guna beli benda lain termasuklah aku sendiri.


Mana taknya, aku dapat baucer ni pun lepas dah habis praktikal jadi buku ape lagi aku nak beli? Jadi aku singgahlah ke kedai buku Popular untuk menghabiskannya dengan membeli barang komputer dan macam-macam lagi bagi mencukupkan nilai RM200. Bagaimanapun aku hanya dapat menggunakan RM150 di Popular. Baki RM50 aku berikan pada abah aku dan dihabiskan di Hasani.


Kalau aku masih belajar, RM200 ni sebenarnya tak cukup. Satu buku pun dah berharga antara RM70-RM300. Mahalkan? Apa pula akan terjadi jika boucer ni dapat ditunaikan? Mesti ramai yang berfoya-foya atau shopping dengan duit tersebut.

T-Shirt Own Design


Mesti ramai yang inginkan t-shirt yang mempamerkan design sendiri. T-shirt sebegini mempunyai identiti yang unik serta memberi kepuasan pada pemakainya. Kos penghasilannya adalah lebih mahal berbanding t-shirt yang menggunakan design sedia ada.


T-shirt ini dicetak terus menerusi mesin pencetak khas. Cara penghasilan jauh berbeza dan lebih mudah berbanding percetakan Silk Screen. Untuk percetakan Silk Screen, lebih banyak warna yang digunakan, lebih mahal harga untuk penghasilannya. Dengan mesin pencetak ini, kita boleh memilih sebarang warna tanpa had.




Harga sehelai baju dari saiz XS-L ialah RM48 dan untuk size XL ialah RM58. Sebelum ni aku membuat tempahan di Pertama Kompleks. Lain-lain lokasi mungkin harganya berbeza. Inilah t-shirt terbaikku malah ianya mempunyai nilai sentimental yang begitu berharga.


Anak Kampung


Ingat lagi tak dengan kumpulan Zero finalist Raja Lawak 6 yang mendapat tempat kedua? Banyak persembahan yang mereka persembahkan menampilkan lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat. Aku rasa ramai yang belum pernah mendengar lagu ni sehinggalah ia dinaikkan oleh kumpulan Zero. Lagu Anak Kampung ni berasal dari Sabah. Ianya lebih kepada lagu kenegerian. Tidak hairanlah jika ia tidak dikenali sebelum ni. Uniknya lagu ni telah di parody kan dalam beberapa versi termasuklah dalam dialek Kelantan.

Zookeeper


Korang pernah tengok cerita zookeeper tak? Aku sendiri pernah volunteer menjadi zookeeper selama satu hari di Zoo Negara. Seronok dapat mendekatkan diri dengan haiwan liar ni tapi taklah seliar harimau atau singa.


Peristiwa paling menggerunkan ketika tu Hyeina atau nama melayunya Dubuk terlepas dari sangkar. Apa lagi, aku dengan kawan-kawan masing-masing pegang penyapu dan berkurung dalam kandang kosong sementara zookeeper sebenar yang expert menguruskan Dubuk tu.



Tugas utama aku mencuci kandang Capybara dan Landak. Capybara ni spesis tikus paling besar didunia dan sebenarnya agak jinak. Ia boleh dibelai dan dipegang. Masa awal-awal masuk kandang ni takut juga. Tapi setelah dibantu dan diberi motivasi oleh supervisor kami, kami menganggap Capybara ni seperti kucing dan tiada apa perlu ditakutkan.

Tangan


Lagu ni adalah salah satu lagu cina kegemaran aku. Walaupun hanya beberapa kerat sahaja yang aku faham, ia tetap dapat mempengaruhi perasaan dan jiwa pendengarnya. Memang agak sedih dah sayu bila mendengar muzik ni. Setelah di translatekan ke bahasa melayu, tajuk lagu ni membawa maksud 'tangan'.

Paper CutCraft

Comel kan? ... Favourite sangat...

Ni la hobi aku time masa lapang, godek-godek internet cari paper cut template terus print. Potong-potong pastu lekat gam. Maka jadi la paper cut craft patung karakter yang aku nak. Comelkan patung-patung kertas ni? Sesuai hias atas meja. Selalunya patung kertas yang aku buat ni tak tahan lama. Diterbangkan angin la, terpenyek la, terpijak la dan macam-macam lagi.

1st time naik ERL



First time naik ERL dari KL Sentral ke Putrajaya Sentral dengan tambang  RM9.50. Train mula dari jam 4.30 pagi. Memang terlalu awal berbanding train lain.