Boucer Buku 1M


Ramai para siswa dan siswazah seronok bila dapat Boucer Buku 1 Malaysia dengan nilai RM200. Boucer ni dikeluarkan untuk pembelian buku dan alat tulis untuk membantu pembelajaran. Tapi ramai pula yang salah guna beli benda lain termasuklah aku sendiri.


Mana taknya, aku dapat baucer ni pun lepas dah habis praktikal jadi buku ape lagi aku nak beli? Jadi aku singgahlah ke kedai buku Popular untuk menghabiskannya dengan membeli barang komputer dan macam-macam lagi bagi mencukupkan nilai RM200. Bagaimanapun aku hanya dapat menggunakan RM150 di Popular. Baki RM50 aku berikan pada abah aku dan dihabiskan di Hasani.


Kalau aku masih belajar, RM200 ni sebenarnya tak cukup. Satu buku pun dah berharga antara RM70-RM300. Mahalkan? Apa pula akan terjadi jika boucer ni dapat ditunaikan? Mesti ramai yang berfoya-foya atau shopping dengan duit tersebut.

4 yang bergurau:

KertasWarnaMerah berkata...

aku plak x sempat nak dapat baucer tuh. huhu. kebetulan baru abis stady time diorang bagi baucer tuh

5zol berkata...

sama la kita.. mujur nama ade dalam list je ni walau dah habis prktikal.. kalau dh rzeki x kemana..

Kitty berkata...

Huhuhu! Kalau I dapat voucher tu, I beli macam-macam. Confirm!

5zol berkata...

mslhnya x leh tunaikan jadi duit.. klu jdi duit mmg mcm2 bley beli...