Aku mahu terbang


Malu nak mengaku tapi inilah kebenarannya. Julung kalinya aku dapat menaiki kapal terbang dengan destinasinya ke Bandung. Awal-awal masa nak berlepas tu ada la jugak perasaan takut tapi takde la setakut naik roller coaster sampai peluh merecik. Bila dah stabil di udara, semuanya tenang, tak ubah macam naik bas. Cuma yang aku tak puas hati naik Air Asia ni sebab tempat duduk sempit. Mujurlah perjalanan 2 jam, kalau lebih memang kejang otot. Layanan pramugara dan pramugari semua mesra. Insyaallah kalau diberi peluang lagi, ini bukanlah kali terakhir aku menaiki kapal terbang. Mungkin suatu hari nanti aku akan terbang ke tempat yang lebih jauh. Barangkali aku akan terbang bagi menunaikan haji atau umrah. Insyaallah.

Aku mahu terbang
Aku mahu terbang

6 yang bergurau:

Lina Hamiedah berkata...

ini rupanya wajah ko en 5zol.. ekekeke....

wahh g bandung ye.. 2jam?? ko xslesa ke??? dr sabah nak g kl lak ambil masa 3jam.. lagi kejang montot tu... hahaa

Faizol Dee berkata...

2 jam flight.. tu x trmasuk lgi naik bas sampai LCCT dah 6 jam... letih tu..

sis92 berkata...

peh gua juga yang tak pernah terbang sedih lah gini :(

nampak lah sempitnya tu huhu

Faizol Dee berkata...

ala sabar la.. sok2 klu ada rezeki tu leh la naek kan..

Cik Nur™ berkata...

Nur pun belum pernah naik kapal terbang..

naik kapal terbang mainan pernah la..hihih

harap2 dapat tawaran kerja luar negara, boleh dapat tiket free...hahah

Faizol Dee berkata...

insyallah nur... mudah2an..