Cuaca yang panas di duga pula dengan jerebu. Hujan pula jarang-jarang turun menyebabkan jerebu semakin teruk. Jerebu yang melanda menyebabkan berlakunya masalah kesihatan. Aku sendiri terasa kesannya. Nak lakukan aktiviti di luar rumah pun susah sampaikan terpaksa berkurung. Kereta aku sendiri diliputi debu yang tebal. Dengan berlakunya masalah jerebu ini, kurangkanlah aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelak ianya menjadi lebih serius lagi. Sama-samalah kita berdoa diturunkan hujan. Mudah-mudahan ianya tidak berpanjangan.
Apakah yang di maksudkan dengan jerebu? Menurut sumber, jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada:
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Pesakit asma atau pengidap masalah pernafasan lain
- Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
- Kurangkan aktiviti di luar rumah serta tutup pintu dan tingkap
- Gunakan topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal atau basikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah lebih elok jika mandi
- Kerapkan meminum air
- Sediakan ubat jika anda mempunyai masalah pernafasan
7 yang bergurau:
jerebu itu kabut ya?hehhe yang muncul di pagi hari?apa beda ?gak ngerti zol hahha belum pernah lihat yang seperti ini,kecuali kabut :D
kabus itu kepulan air di udara... jerebu kepulan asap n debu kotor diudara...
jerebu yg berlaku kat kl..menyebabkan kepanasan yang melampau kat johor...bahang tu...
kat kedah pun teruk..
sabah pun jerebu jugak tp xlah seteruk kat sana.. apapon jerebu kat sini dah beransur pulih.. acececehhh ayat aq tu..
lina ahli kaji cuaca ke bomoh hujan?
ahli nujum,, wakakaka
Catat Ulasan