Semangat Raya Belum Habis


kuih raya

Lepas je habis puasa, ramai yang liat untuk bangun pagi. Yela, sebelum ni kan terpaksa bangun untuk bersahur. Sekarang sedap je tidur sampai ke subuh. Soal makan tak perlu risau, bangun je pasti ada makanan dekat dapur. Paling kurang pun ada kuih raya dalam balang. 

Bercakap soal kuih raya ni kan, rasanya lebih 15 balang dekat dapur aku yang belum dibukak. Membazir ke? Rasanya tak sebab kuih zaman sekarang ni lambat rosak. Selagi tak bukak balang tu, selagi tu la tak masak angin. So, boleh la kuih raya tu diguna untuk Raya Haji pulak. 

Sesetengah kuih raya tu boleh disimpan lebih dari setahun. Puasa tahun ni beli, raya tahun depan baru hidang.   Kalau tahu dek tetamu, sumpah tak nak sentuh. Ade ke yang buat macam tu? Kalau korang buat macamtu, jangan sesekali jemput aku beraya ke rumah. 

Dari bancian aku dari rumah ke rumah, lebih 70% rumah yang hidangkan kuih tunjuk. Kuih tunjuk ni bukan nama untuk kuih tapi kiasan untuk kuih yang beli di kedai. Tunjuk je nak kuih yang mana, semua cash and carry. Lemang pun sama sebab orang zaman sekarang ni dah tak larat nak bakar lemang. Tapi ada kes katak tersesat dalam lemang. So, berjaga-jaga la ketika membeli. 

Semangat raya masih ada. Pada sesiapa yang sudi, datang la beraya. Soal duit raya jangan disebut. Sensitif coz dah sengkek sangat dah ni.

2 yang bergurau:

Najwa Ayuni berkata...

Wahh, rumah Najwa masuk hari raya ke-2 kuih raya dh nak habis.
Tak sempat nak tunggu raya haji. Hehe,
Najwa nak sebalang kuih raya, boleh?
Haha. *juz kidding*

Faizol Dee berkata...

boleh2.. tlg perhabis...