
Macam-macam cerita kita dengar pasal KFC ni kan? Pasal bergaduh dengan pelanggan di ICT. Ayam dicalit dekat tapak kasut. Eeee, kotor tu. Barang makanan boleh pulak di buat macam tu. Kalau korang buat untuk korang makan sendiri tak kisah la tapi ni untuk customer. Haram tau tak. Kalau ada yang masih belum tengok video tu meh tengok di bawah ni.
Tapi ni baru di Malaysia. Di tempat lain pulak,
"SYDNEY, Australia – Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken
(KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti
rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis
yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang
tercemar."
- Sumber Harian Metro Online
Sampai macam tu kesan pemakanan KFC? Kesian budak tu tapi aku taklah tuduh KFC bersalah. Mungkin segelintir cawangan je yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. KFC kan syarikat yang besar. Seharusnya diorang melakukan pemantauan dari peringkat atas hinggalah kebawah bagi mengelak perkara yang tak di ingini.
Godek punya godek internet, terjumpa pulak laman web ni yang betul-betul anti dengan KFC. www.kentuckyfriedcruelty.com Laman web ni banyak protes pasal cara ternakan ayam dan cara ia di sembelih. Kalau di Malaysia, sembelihan tu hendaklah berdasarkan syariat Islam. Makanan halal bukan merujuk pada sembelihan je, ianya merangkumi jugak pada cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan.