Tupperware Dari Cikgu


Tahun 1998, seorang pelajar darjah 2 bertanya pada gurunya, "Mengapa setiap kali menang kuiz cikgu hadiahkan tuperware?" Guru tersebut menjawab, "Bila kamu dah besar, kamu akan faham". Pelajar itu tidak mengerti dengan jawapan yang diberi. " Tak kisahlah, janji hadiah." Lalu pulanglah pelajar tersebut ke rumah dan menunjukkan hadiah tersebut kepada ibunya.

Selang berbelas tahun kemudian, pelajar tersebut telahpun menamatkan pengajian. Tiba suatu hari ketika rajin mengemas rumah, secara tidak sengaja matanya terpandang sebiji tupperware..Memorinya mengimbas kembali dizaman persekolahan lalu teringat peristiwa dirinya dengan guru tersebut. Dia terfikir sejenak mencari maksud disebalik jawapan guru itu. Terlintas di hati lalu berkata, "Tupperware ni untuk isikan bekalan kan? maksudnya......." . Pelajar tersebut tersentap seketika lalu menitiskan air mata. 

Memang itulah yang dimaksudkan oleh guru tersebut. Tupperware kosong yang tiada apa-apa hanya akan ditinggalkan, tetapi jika diisi bekalan akan dibawa kemana-mana. Begitulah perumpamaan pelajar yang diberikan bekalan oleh gurunya untuk kejayaan di masa hadapan. Siapakah pelajar tersebut? Jawapannya adalah aku sendiri. Selamat hari guru. Cikgu ' I love U'.



Tips Backlink Untuk Bloggers


Berblogging ini sebenarnya lebih menarik dari melayari laman sosial seperti facebook mahupun twitter. Kita boleh mencurahkan kreativiti, menambah kenalan baru, menambah ilmu pengetahuan mahupun mencari pendapatan sampingan melalui blog. Secara personalnya aku sendiri telah menambah ramai kenalan bloggers. Untuk kali ini aku menulis sedikit tips dan maklumat tentang external backlink secara langsung dan tidak langsung untuk dikongsi bersama. Semoga ianya dapat membantu.

Dalam berblogging ni sebenarnya jarang terjumpa entry yang menulis tentang bloggers lain. Kecualilah jika terdapat segmen atau contest tertentu. Beruntunglah jika terdapat entry ditulis 100% tentang kita. Entry sebegini secara tidak langsung dapat mempromosikan blog kita kepada bloggers lain. Sebagai contoh yang boleh aku beri ialah entry blogger Nurul ini. Rajin pulak dia menulis tentang aku. Awek aku ke ni? Em, kalau ada rezeki tu adalah. Boleh tahan jugak awek ni menulis entry tentang aku. Seperti luahan perasaan pulak. Tapi bukan itu yang aku nak perkatakan, maksud sebenar yang aku hendak sampaikan ialah terdapat backlink dari entry tersebut ke blog aku secara tidak langsung. Jadi, dalam dunia blogging ini adalah satu keuntungan besar yang boleh menjana trafik ke blog aku jika terdapat bloggers lain yang membaca entry tersebut. Contoh lain external backlink yang aku dapat ialah dari entry Moon's blog ni.

Tips seterusnya jika hendak meninggalkan komen, pastikan korang meletakkan signature link URL terus ke blog korang dibawah komen dengan contoh code html berikut:

<a href="http://5zol-saidsomething.blogspot.com/">http://5zol-saidsomething.blogspot.com/</a>

Maka ianya akan keluar signature seperti ' http://5zol-saidsomething.blogspot.com/ ' dibawah komen tersebut. Boleh juga jika aku gantikan signature menggunakan singkatan seperti ' 5zol ' tetapi percentage pembaca untuk mengetahui itu adalah linking tipis. Tips ini aku belajar dari bloggers luar tentang bagaimana untuk meningkatkan trafik ke blog. Adakah ianya berkesan? Lihatlah sendiri dari hasil yang aku dapat. Ianya boleh terus bertahan selagi entry tersebut menjadi tumpuan pembaca dan tidak dibuang oleh blogger tersebut.



Sebenarnya masih terdapat banyak cara untuk mendapatkan external backlink seperti berforum, link exchange sesama bloggers, mempromosikan di laman sosial atau berchatting. Kesimpulan yang boleh aku berikan ialah semakin banyak backlink yang kita perolehi, semakin tinggi penjanaan untuk trafik. Jika entry ini membantu, sila tinggalkan sedikit komen di bawah.

Segmen Saya Blogger Hot


Segmen kedua yang dijoin sejak aku bergelar blogger. Hmm. Hot ke aku ni? Tak kisah la hot ke tak yang penting tuan segmen dah janjikan 5 hadiah misteri. Apakah hadiah misteri tersebut? Jawapannya aku sendiri pun tak tahu sebab dikategorikan sebagai misteri. Tapi kalau namanya hadiah mestilah bernilai kan? Mana tahu kalau tuan segmen nak kasi hadiah 'Proton Preve' ke, 'Tiket Percutian ke Norway' ke, 'Tiket Kapal Titanic 2' ke terserah pada beliau.

Macam mana nak join? Tak susah, first sekali follow blog ni, pastu klik iklan nuffnang di blog ni (bergurau pulak), then klik banner di bawah dan terus ke segmen yang dikatakan. Ikut langkah-langkah yang diberi oleh CheguAlong. Jangan lupa tinggalkan link di ruangan komen dibawah membuktikan korang dah join. Susah ke nak karang entry? Kalau susah sangat copy paste je seketul entry aku ni. Aku halalkan. Tapi kalau dah dapat hadiah tu kongsi-kongsilah (bergurau lagi).

Sebenarnya aku bukannya nak hadiah tu sangat. Just nak memeriahkan majlis. Kalau korang yang menang, Alhamdulillah rezeki korang. Bila kita support bloggers lain, bloggers lain akan support kita. Memang ni tips terbaik untuk menjadi bloggers yang hot. Blog aku tak la seberapa hot. Design pun hodoh-hodoh je tapi trademark aku sebagai '5zol' dah mula mendapat ranking dalam dunia blog. Jika korang ingin betul-betul hot, klik banner dibawah dan terus join. Tarikh tutup penyertaan 16/6/2012. Lambat lagi tu, kalau rajin boleh pungut beribu riban followers ajak join memang peluang untuk menang cerah.




Syarat penyertaan :

1. Mestilah seorang blogger.  
2. Follow blog Chegu Along
3. Klik like pada page Chegu Along
4. Pastikan tajuk entri : Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along. 
5. Copy banner kat atas tu :  "Saya Blogger Hot" dan paste dalam entri anda.
6. Paksa 3 kawan anda join segmen ni. 
7. Tinggalkan link entri di ruangan komen di bawah. 

Tips Bloggers Baru


Masa baru belajar blogging banyak benda yang aku terfikir. Macam mana nak tambah followers dan trafik ke blog? Mampu ke blog aku berdiri untuk tatapan pembaca atau sekadar syok sendiri? Jadi aku memulakan pencarian dari pelbagai tips dan artikel. Secara kebetulan aku blogwalking ke blog seseorang dan disitulah aku terjumpa aplikasi shoutbox dari fibox. Fungsi shoutbox yang diletakkan sebagai gadget itu menarik perhatian aku dan aku terus ke laman tersebut untuk mendapatkannya. Agak malang kerana ketika itu fibox mengalami masalah untuk mendaftar. Namun begitu, laman fibox tetap menjadi perhatian untuk aktiviti blogging aku. Mengapa? Biar aku jelaskan.

Menariknya, di laman fibox juga terdapat shoutbox yang menjadi tumpuan para bloggers untuk melepak dan bertukar pendapat. Sebagai seorang blogger yang baru nak up, pada mulanya aku hanya menegur. Alhamdulillah semua bloggers disitu spoting. Mungkin ada seorang dua yang bersikap kurang menyenangkan apabila ternampak blogger baru. Tapi itu perkara biasa. Dari situlah aku mendapatkan 30 followers pertama dalam masa satu hari dengan menggunakan konsep 'u follow i follow'. Barulah blog aku lebih stabil dan mula mendapat komen di entry. Ini adalah permulaan yang baik. Setelah mendapatkan 30 followers pertama, aku mula mendapat followers yang follow secara ikhlas tanpa mengharapkan follow semula.

Seperkara yang lebih unik di mana laman fibox bukan sahaja dilayari oleh Bloggers Malaysia, malah turut menjadi tumpuan Bloggers Indonesia dan Brunei. Bahasa pengantar utama yang digunakan ialah Bahasa Malaysia. Pelbagai cerita, ilmu pengetahuan, gurauan dapat di kongsi bersama. Nickname aku iaitu 5zol mula menjadi trademark di fibox dan mula mendapat tempat di dunia blogging. Di shoutbox fibox juga terdapat kemudahan link exchange dengan meletakkan link blog terus pada nickname yang digunakan. Bermakna, bloggers lain boleh terus blogwalking ke blog kita dengan hanya klik pada nickname tersebut. Secara tidak langsung ianya berkesan untuk menambah trafik ke blog kita.

Sebenarnya dari tarikh aku menulis entry ni, baru 4 minggu aku serius berblogging. Amature lagikan? Tapi itu bukan satu penghalang untuk aku berkongsi sedikit tips pada bloggers baru. Sedikit sebanyak ianya dapat membantu mereka. Di sini aku kongsikan link terus ke Fibox . Pada bloggers baru, teruskan usaha dan jangan cepat mengalah. Apa sahaja entry yang kita buat kongsikan sahaja sebab itu adalah luahan dari kita. Melainkan jika entry tersebut adalah copy paste, ramai tidak suka untuk membacanya.

Azab Si Anak

Lihatlah wajah si ibu seperti tiada perasaan

Disebabkan kebanyakan video ini dari youtube telah dibuang, aku mengambil keputusan untuk memuat naiknya sendiri. Mengikut laporan kejadian ini telah berlaku setahun yang lalu dan pelakunya telah dikenakan hukuman. Sama-samalah kita mengambil iktibar dari apa yang terjadi.

Anak kecil yang belum mengenal dunia ini hanya mampu menangis

Sedangkan haiwan sayangkan anak, apatah lagi manusia. Walau dengan tersebarnya video ini, diharap ianya tidak mencacatkan hari ibu yang akan tiba tidak lama lagi. Beruntungnya kita mendapat ibu yang baik lagi penyanyang. Yang lebih menghairankan, mengapa mereka disekeliling tidak menghalang perbuatan ibu tersebut? Mereka sebenarnya berkemampuan. Ibu tersebut langsung tidak bersenjata. Pada aku, apa sahaja alasan yang diberikan langsung tidak boleh diterima.




Untukmu Ibu




Tahun ini aku telah memberi hadiah yang teristimewa buat ibuku. Anak yang dibesarkan dengan susah payah ini   telah membawa pulang segulung ijazah. Mungkin aku tidak terlalu hebat di mata dunia tetapi pada ibu, akulah yang terbaik. Syurga di bawah telapak kaki ibu tetapi ibu tidak pernah menyuruhku bersujud padanya. Malah aku didukung, dicium dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

Teringat lagi pada hari pertamaku dihantar ke universiti. Terlalu berat dan sedih untuk ibu melepaskanku sehingga menitiskan air mata. Pada majlis graduasiku, sekali lagi ibu menitiskannya  tetapi dengan membawa maksud berlainan. Aku tahu ibu terlalu gembira. Ketika aku naik ke pentas, mungkin ibu ingin melompat lalu ingin terus memelukku tetapi perasaan itu dikawal sehingga tamatnya majlis.

Mungkin aku telah terlupa saat terakhir aku disusukan. Tetapi darah yang mengalir ini telah sebati dengan susumu. Jiwa ini juga mendakap erat kasihmu yang abadi. Biar senakal manapun diriku, dirimu tidak pernahku  lupakan. Ibu, ketabahan dan kecekalanmu dalam membesarkanku pasti merupakan dugaan yang terbesar dalam hidupmu. Aku bersyukur kerana ibu masih ada untuk melihat kejayaanku. Ibulah nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikan kepadaku bahkan aku lebih beruntung dari Rasulullah S.A.W dimana baginda telah kehilangan ibunya ketika kecil.

Sebelum ini, ibu mahukan aku menjadi seorang doktor. Adakah aku telah derhaka kerana tidak mampu memenuhi impian ibu? Impian ibu bukanlah cita-citaku. Walaupun impian ibu tidak tercapai, aku masih mampu menjaga ibu ketika sakit dan merawat ibu ketika demam. Aku juga sehebat doktor yang terlatih. Di latih dari bakti dan ehsan mu. Bahkan juga dari kemuliaanmu. Selamat hari ibu untuk ibuku.


Dunia Lain


Terbaca artikel dari rakan blog mengenai saka dan jin. Ianya terlalu misteri dan sukar diterima logik akal. Ramai di antara kita mempunyai kisah tersendiri mengenai jin ini. Menurut pengertian islam jin juga mempunyai kewajipan seperti manusia. Ada di antaranya yang beriman dan ada juga yang tidak. Orang bunian juga dikatakan sebahagian dari jin yang beriman.

Dari jin yang beriman inilah aku ingin menceritakan pengalaman aku sendiri. Masa tu aku baru form 3. Aku mengikut ayahku menjala di 'Lata Ulu Paip'. Hasilnya taklah seberapa. Sekadar untuk beriadah anak-beranak. Sungai tersebut sememangnya menjadi tarikan sebagai kawasan perkelahan dan di sekeliling sungai tersebut adalah hutan. Kami bermudik ke hulu dan jauh dari kawasan perkelahan tersebut. 

Sebenarnya tidak ada perasaan seram pun kerana waktu itu tengahari. Cuma yang menjadi misteri dan pertanyaan aku hingga sekarang ialah aku terdengar bacaan kitab suci Al-Quran. Pada awalnya aku sangkakan bunyi air tetapi setelah didengari dengan teliti sememangnya suara seorang lelaki. Aku menceritakan kepada ayah aku tetapi dia tidak mendengar apa-apa. Pelikkan dalam kami berdua hanya aku yang dengar? Mungkin kami telah termasuk sekitar perkampungan mereka. Mujurlah kami tidak di apa-apakan.

Dengan peristiwa itulah aku mengubah persepsi aku bahawa bukan kesemua makhluk halus adalah jahat. Kepercayaan aku tentang kewujudan perkara ghaib juga semakin teguh. Aku percaya dengan kata-kata ulama' bahawa kitab suci Al-Quran yang diturunkan untuk umat manusia juga diamalkan oleh jin yang beriman. Beruntunglah kita menjadi khalifah di muka bumi ini. 

Istilah Wang


Sedang aku belajar tentang e-commerce, aku terbaca sebuah artikel di mana istilah wang ialah apabila dua atau lebih indivdu mempercayai sesuatu benda atau perkara lalu memberikannya nilai. Maknanya wang ni bukan dalam bentuk kertas atau syiling sahaja tetapi meluas. Tidak hairanlah jika sesetengah negara pernah menjadikan kulit siput sebagai mata wang. Majoriti pekerja pun tidak mendapat wang dalam bentuk kertas tetapi dalam bentuk angka di dalam akaun bank. 

Misal kata aku ingin membeli sebuah basikal dengan tin kosong lalu penjual tersebut bersetuju. Bermakna nilai tin kosong itu bersamaan dengan sebuah basikal. Di sinilah konsep dimana dua individu mempercayai sesuatu benda lalu memberikannya nilai. Sebenarnya ini juga adalah persamaan dalam penggunaan wang palsu. Wang palsu tiada nilai tetapi apabila dua individu menjalankan proses jual beli lalu si penjual mempercayai wang tersebut maka ia memberikan wang tersebut nilai. 

Secara globalnya, mata wang di setiap negara ada turun naiknya tetapi majoriti percaya bahawa nilai emas tetap kukuh. Emas boleh dijadikan wang alternatif jika berlakunya kemerosotan ekonomi. Wang kertas yang mempunyai angka ini kemungkinan hanya tinggal kertas kosong sahaja. Ianya berlaku apabila taraf hidup terlalu meningkat. Di Malaysia sendiri wang 1 sen telah dilupuskan dan nilai minima sesuatu barang ditetapkan dengan harga 5 sen ke atas. 

Jika dilihat pada evolusi sistem kewangan ini, ianya memberi kelebihan kepada kita. Contohnya perniagaan online dan perbankan online. Paypal adalah antara sistem perbankan online pertama di dunia dan memberi perkhidmatan secara global. Di Malaysia pula, sistem perbankan online yang berkembang seperti Maybank2u, CIMB Click dan sebagainya dapat permudahkan urusan di dalam negara.













Peluang Kedua


Perit rasanya bila terlalu hampir dengan ajal. Begitulah yang terjadi padaku dua tahun yang lalu selepas diserang demam denggi. Aku dimasukkan ke hospital pada malam hari lahirku dan kebetulannya besoknya adalah hari perkahwinan abangku. Teringat pula kata-kata cikgu aku dulu bahawa hari kelahiran mungkin akan bertukar menjadi hari kematian seseorang. 

Badanku lemah dan mukaku pucat. Beberapa hari sebelum tu aku demam di hostel. Aku sangka demam biasa dan mungkin akan sihat selepas makan panadol. Aku pulang ke kampung pun untuk hadiri majlis perkahwinan abang aku. Melihat keadaan demamku yang semakin teruk, aku dihantar ke klinik untuk rawatan dan di situlah aku disyaki menghidap demam denggi. Doktor tersebut mengarahkan aku dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan. 

Sepanjang dihospital, sampel darahku diambil berkali-kali untuk pengujian. Mak aku yang menjaga aku turut tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan abangku. Hanya ayah aku dan saudara terdekat yang hadir. Aku mengerti perasaan family ku tapi qada dan qadar tak dapat dielakkan. Terus terang aku terasa bersalah dengan apa yang terjadi. 

Saat paling kritikal bila mataku terus gelap. Suara hati mengatakan mungkin ajalku telah tiba dan kemudiannya aku langsung tidak sedarkan diri. Aku tersedar setelah dikejutkan doktor. Melihat sekeliling, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Seminggu juga aku dimasukkan ke hospital dan aku mengambil masa hampir 2 bulan untuk sihat sepenuhnya. Mungkin terdapat hikmah atas kejadian ini dan tugasku didunia masih belum selesai. Aku nasihatkan sama-samalah kita menjaga kebersihan. Beringat sebelum kena.









Playstation R.I.P


Cerita ni taklah baru tapi memang harus dijadikan ikhtibar dalam mendidik anak-anak. Mengikut laporan akhbar Seorang budak berusia empat tahun menembak ayahnya hingga mati setelah menolak untuk membelikannya sebuah PlayStation. Kejadian ni dikatakan berlaku Arab Saudi dari daerah Jizan selatan. Sampai macam tu kelakuan anak-anak. Siapa yang bersalah sebenarnya ni? Anak-anak, Ibu bapa, atau Syarikat Sony yang membangunkan permainan tu? Pada pendapat akulah, semua harus mengambil peranan. Ibu bapa harus mendidik anak-anak dan cuba hindari mereka dari terpengaruh dengan gejala negatif. Sony sendiri sebenarnya telah menghadkan usia yang bersesuaian untuk bermain permainan ni tapi ramai di antara kita mengambil mudah. 

Lainlah pulak cerita tentang family aku. Ayah aku dalam usia lewat 40an memang taksub bermain Playstation. Game yang jadi kegemaranya ialah 'Needs for Speed'. Bukan sebab game tu berbentuk racing tapi disebabkan aksi melanggar kereta polis. Mujurlah orang tua pandai berfikir. Kalau budak-budak, nanti tak pasal-pasal kereta polis betul yang diorang hentam. Kadang-kadang tu sakit hati jugak coz time aku nak tengok tv, time tu la dia nk on Playstation. Kalau difikirkan balik, memang salah aku dengan abang aku. Kami yang suruh dia cuba sampai ke tahap terlalu expert. Zaman ayah aku dulu memang tak pernah wujud benda macam ni. Bila benda ni lahir pulak usia dah tua jadi keinginan nak mencuba tu ada.