Dunia Lain


Terbaca artikel dari rakan blog mengenai saka dan jin. Ianya terlalu misteri dan sukar diterima logik akal. Ramai di antara kita mempunyai kisah tersendiri mengenai jin ini. Menurut pengertian islam jin juga mempunyai kewajipan seperti manusia. Ada di antaranya yang beriman dan ada juga yang tidak. Orang bunian juga dikatakan sebahagian dari jin yang beriman.

Dari jin yang beriman inilah aku ingin menceritakan pengalaman aku sendiri. Masa tu aku baru form 3. Aku mengikut ayahku menjala di 'Lata Ulu Paip'. Hasilnya taklah seberapa. Sekadar untuk beriadah anak-beranak. Sungai tersebut sememangnya menjadi tarikan sebagai kawasan perkelahan dan di sekeliling sungai tersebut adalah hutan. Kami bermudik ke hulu dan jauh dari kawasan perkelahan tersebut. 

Sebenarnya tidak ada perasaan seram pun kerana waktu itu tengahari. Cuma yang menjadi misteri dan pertanyaan aku hingga sekarang ialah aku terdengar bacaan kitab suci Al-Quran. Pada awalnya aku sangkakan bunyi air tetapi setelah didengari dengan teliti sememangnya suara seorang lelaki. Aku menceritakan kepada ayah aku tetapi dia tidak mendengar apa-apa. Pelikkan dalam kami berdua hanya aku yang dengar? Mungkin kami telah termasuk sekitar perkampungan mereka. Mujurlah kami tidak di apa-apakan.

Dengan peristiwa itulah aku mengubah persepsi aku bahawa bukan kesemua makhluk halus adalah jahat. Kepercayaan aku tentang kewujudan perkara ghaib juga semakin teguh. Aku percaya dengan kata-kata ulama' bahawa kitab suci Al-Quran yang diturunkan untuk umat manusia juga diamalkan oleh jin yang beriman. Beruntunglah kita menjadi khalifah di muka bumi ini. 

7 yang bergurau:

anie berkata...

info menarik

shah berkata...

singgah baca entri

Noor Maizan berkata...

sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia.

Unknown berkata...

ha ah btul....

Cikgu Ma berkata...

jin memang ada beriman dan kafir...

sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia...

salam kenal =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/

Aing berkata...

lepas baca tiba2 persepsi aku pun berubah jugak! ada juga jin baik.

tuan blog,aku nak baca payah sikit entri kat sini sebab serabut ngn chatbox tu bagai..ke ada button sorok aku tak nampak? :)

Unknown berkata...

maybe resolution saddalone tu rendah skit n gadeget ke tengah.. interface yg 5zol design ni sbnr ikut resolution HD screen. gadget2 tu pun spatutnya ada area side page je.. sorry ek ngn masalah ni..