Homeless

Antara pengalaman yang tidak boleh aku lupakan ialah mengikut seorang teman menjejaki homeless di serata Kuala Lumpur. Sebenarnya ini adalah tugasan kerja khususnya tapi tak salahkan kalau aku turut serta? Pelbagai peringkat umur dan bangsa hidup sebegini malahan bayi juga tidak terkecuali. Kami menjejaki dari tempat tidur sehinggalah ke tempat-tempat aktiviti harian mereka .  

Dimana tandas dan bilik air mereka? 
Ramai diantara golongan ni menjadikan jejantas, longkang atau lorong-lorong sempit sebagai tempat membuang sisa najis.

Bagaimana dengan aktiviti harian mereka?
Majoriti diantara mereka hidup mengemis dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan punca rezeki inilah mereka membeli keperluan harian. Tapi jangan terkejut, pendapatan pengemis ni adakalanya boleh mencecah RM100 hingga RM300 sehari.

Kenapa mereka menjadi begini?
Ramai diantara mereka tidak berkemampuan untuk membeli atau menyewa rumah, pesakit mental, cacat upaya, dan dibuang keluarga contohnya seperti warga tua dalam gambar diatas.  Tiada pekerjaan turut menjadi penyumbang terhadap masalah ini.



4 yang bergurau:

Kitty berkata...

Iskk iskk, kesian betul orang-orang ni. So apa tindakan kerajaan sekarang???

Unknown berkata...

ade yg diletakkan di rumah kbajikan... tpi terlalu ramai.. NGO yang prihatin bagi sumbangan makanan dan pakaian.. x dpt byg mcm mana diorg ni smbut hari raya kan?

penyuluh perikanan berkata...

segala sesuatu dalam hidup memang manusia selalu bertambah pengalamannya, pengalan adalah rahmat Tuhan yang harus disyuri, bahkan akan menambah wawasan kedewasaan kita, terima kasih sobat, artikel yang bagus dan bermanfaat, ditunggu yah kunjungan balik, seperti saya, terima kasih..

Unknown berkata...

selagi ada tenaga, elakkan diri dari berminta-minta. Rezeki adalah anugerah tuhan dan kita harus usahakan selagi termampu.