Godaan Hari Jumaat


Hari Jumaat adalah hari kemuliaan yang perlu dihormati. Malangnya perjalananku ke masjid hari ini dinodai oleh seorang gadis yang berseluar pendek dan berbaju ketat. Bukankah lebih molek untuk gadis melayu berbaju kurung dihari Jumaat? Kalau tak berbaju kurung sekurang-kurangnya pakailah pakaian yang menutup aurat. Tak pasal-pasal orang lain jugak yang mendapat dosa. 

Kesopanan dan kebudayaan melayu kian pudar dan kita sedari akan perubahan itu tapi janganlah ianya menjebakkan agama. Sesungguhnya hanya agamalah yang mampu menghalang kita dari terus tersesat. Aku tak kisah kalau baju kurung yang menjadi kebanggaan orang melayu pupus tetapi biarlah digantikan dengan pakaian yang menutup aurat. Petanda maruah seseorang mula tergadai adalah dari segi pakaiannya. Jika hari ini seorang wanita membiasakan diri memakai skirt pendek, tidak mustahil untuk besok dia mula menjejakkan kaki ke kelab malam.

Aku mengaku bahawa aku sendiri berseluar pendek di rumah. Lagipun aku lelaki jadi tak berapa kisah sangat. Berseluar pendek tidak menjadi masalah selagi tidak mendedahkan aurat. Jika keluar dari rumah, aku akan mengenakan seluar panjang bagi mengelakkan pandangan umum yang negatif. Hidup bermasyarakat ni kenalah faham perspektif pemikiran orang sekeliling  bak kata pepatah, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Aku pernah tinggal di Kuala Lumpur dan persekitaran kampung aku terlalu jauh berbeza. 

Gadis berpakaian seksi memang menjadi kegilaan ramai kaum lelaki. Tapi bila difikirkan, bolehkah gadis begitu menjadi pasangan hidup? Beristeri ni bukannya atas kehendak sahaja tetapi juga atas dasar keperluan. Mak aku berpesan kalau nak mencari isteri tu sekurang-kurangnya biarlah pandai memasak dan pandai menjaga suami. Besok kalau sakit demam senang. Dapat dapat anak pun insyallah yang soleh dan solehah




6 yang bergurau:

Azira Ldu berkata...

begitulah dunia sekarang 5zol..hmmm

Papa REN berkata...

ye azira... corak khidupan boleh brubah tetapi agama tidak..

Azira Ldu berkata...

Hukum memang tidak berubah, yg berubah kita ni, manusia... hakikat dunia akhir zaman.. kesian lelaki , nak buat ibadat solat terpndng lg aweks he2

Papa REN berkata...

mcm crita pndekar bujang lapok.. cobaan...

Unknown berkata...

pandangan pertama tu rezeki. yg kedua dh dosa dan seterusnyaa...ko dh pandang brape kali dh?? hehe

http://encikcopypaste.blogspot.com/

Papa REN berkata...

sekali pandang x kenyit mata sampai beliau berlalu.. haha