Menggunakan Internet Dengan Bijak


Ruginya ada internet kalau tak pandai mendownload. Lepas ada sambungan streamyx dirumah, aku jarang membeli VCD atau DVD. Sebelum ni kalau beli pun macam biasalah yang cetak rompak. Alasannya sebab murah. Tapi kalau difikirkan balik, aku hanya mengkayakan tauke cetak rompak tu. Kualiti video pun kadang-kadang teruk. Lebih baik aku download sendiri. Beli RMVB player, boleh tengok direct dengan televisyen. Tak ada masalah CD sangkut la, CD calar la atau apa-apa. Untuk masa ni, servis Unifi tak sampai lagi dikawasan aku. Insyaalah kalau dah sampai aku akan tukar. 

Dengan internet pula, proses mencari dan mendownload lagu adalah lebih senang. Sebelum ni, kalau nak apa-apa lagu kena pergi ke kedai handset dan dicas sekitar RM1-RM3 untuk satu lagu. Padahal tauke kedai handset tu pun rembat entah dari mana lagu-lagu tu. Cukup senang diorang buat duit. Kita yang lemah IT ni pun ikut je janji dapat apa yang kita nak. Bila difikirkan semula, rasa tertipu pulak. Sekarang kalau nak download apa-apa lagu hanya taip tajuk lagu tersebut di google atau yahoo dan lepas tu keluar lah bermacam-macam link. Mudah dan ringkas tanpa dikenakan bayaran. 

Proses mendownload tahun lepas adalah lebih mudah berbanding tahun ni. Sekatan yang dijalankan SOPA cukup menyakitkan hati sehinggakan banyak website yang menjadi host uploading file ditutup dan dipantau. Filem yang diupload sebelum ni seperti cerita-cerita lama habis dilenyapkan. Filem yang baru diupload pun tak bertahan lama. Sekejap ja terus dilupuskan. Ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan SOPA ni. Tapi tiada apa yang boleh dilakukan. Sekadar berdiam dan menerima apa yang terjadi.

Youtube pula menjadi altenatif untuk pengguna melayari media secara streaming tanpa perlu mendownload. Bagus sebenarnya kewujudan Youtube ni. Senang je nak guna. Hanya taip apa yang kita nak tengok lepas tu keluar terus di skrin. Video yang tidak pernah ditayang di televisyen atau tidak pernah disangka kewujudannya ada disitu. Memang betullah apa yang diperkatakan bahawa internet ni dunia tanpa batasan. Yang haram dan halal semua ada. Paling penting, kita sendirilah yang harus menilai. Elakkan perkara negatif dari kemudahan yang ada.




6 yang bergurau:

Lina berkata...

hihihi..dulu aq pon xthu nak download2 ni..dan aq ni kaki tgk wayang,, kadang fikir membazir gak pegi tgk wyg byr rm 10 @ 12 kn?? so fikir baik dnload je..jimat.. hihihi

Unknown berkata...

ha ah... download ni just byr duit ternet je.. klu steamyx x takut abis bandwith.. download la smpai muntah kan??

Rulita.park berkata...

hahha iya di internet bisa download sepuasnya :D :D gratis

Unknown berkata...

rulita gemar mndownload.. mesti lagu k-pop kan??

Lina berkata...

hahahah k-pop or I-pop.. hihihihi...tula pasal.. klu brodben alamak tensyen.. dah dnload byk2 pastu nak buka fb pon lmbt... uhuhuhuhu

Unknown berkata...

lina bukak benda lain agknya...