Facebook Mampu Menjadi Penawar & Racun


Facebook menjadi keperluan semasa. Kanak-kanak tadika pun tahu apa itu facebook. Ramai yang menggunakan facebook untuk peribadi dan ada juga yang menggunakannya untuk perniagaan. Secara globalnya, facebook boleh dianggap tiang yang besar untuk bergantung di alam cyber. Jika runtuhnya tiang tersebut, maka hilanglah pautan perhubungan sesama pengguna.

Menjadi trend apabila remaja gemar meluahkan perasaan di status facebook. Apakah ini mampu memberi ketenangan kepada mereka? Untuk sesetengah kes mungkin ya. Sebagai contoh status "Saya rasa bersalah kerana mencuri duit mak saya, apakah yang saya harus lakukan?" Maka ramailah pakar yang tidak di iktiraf akan memberi komen dan nasihat. Justeru benarlah bahawa facebook mampu menjadi penawar pada keresahan. Tapi takkanlah sampai tersepak batu pun nak update dalam status. Itu sebenarnya lebih kepada mengada-ngada.

Facebook juga mampu menjadi racun yang paling berbisa terhadap individu yang yang lemah imannya. Sebagai contoh update status " Saya ingin membunuh diri." dan muncul pula komen " Bagus, teruskan". Hasutan sebegini menimbulkan masalah besar. Bagaimana jika individu tersebut betul-betul membunuh diri? Yang memberi komen tersebut secara tidak langsung juga terlibat. Kita ambil iktibar dari kejadian yang terjadi kepada Alvis Kong.

Buruk baiknya facebook adalah datangnya dari kita sendiri. Untuk para pelajar, facebook bukanlah buku rujukan yang sempurna. Kelalaian dengan facebook boleh menyebabkan kita menyesal dihari kemudian. Abaikan facebook jika kita terlalu hampir dengan peperiksaan.



11 yang bergurau:

A berkata...

setuju dengan pendapat anda :)

Unknown berkata...

stuju je?

A berkata...

dah tu ? toink toink

Unknown berkata...

haha.. x de pe2... ramai ketagih facebook.. facebook is drug..

Rulita.park berkata...

hahha tanpa facebook kita putus hubungan silaturahmi dengan teman teman,baik yang telah kita kenal dari dalam negri,luar negri,dalam kota,maupun luar kota.ketinggalan info info.tapi terkadang penat juga liat facebook terlalu sering maka batasi penggunaan nya cukup sebentar cek notif cek pesan masuk habis tu liat beranda,udah deh.. wkkwk gak tertarik main game di facebook. :D

anisha berkata...

ramai yg luahkan perasaan di facebook mungkin sbb mereka xde tmpat mengadu..ini terjadi apabila mereka takut nk cerita masalah diorng terutama kpd ibubapa..mereka takut dengan komen dan pandangan dari ibubapa..normally,apabila anak2 cerita tntang masalah mereka kpd ibubapa,diorng akn dimarahi(cth:masalah cinta,masalah peribadi).dkt facebook kalau kena marah pn xdengar kn?sekadar pandangan kalau salah tolong betulkan :)

Unknown berkata...

mcm2 pendapat kita dapat... smuanya btul.. atas diri sendiri.. yang buruk kita cuba elakkan selagi mampu..

Lina berkata...

huhuhu.. dr dulu smpi skrg jrg b'fb.. lgpon mau update sesuatu lagiiiii la payah... .. skrg ni klu buka fb ada ja yg post bukan..marah,, gembira,, sedih.. mkn dmna.. mkn apa.. kadang paling mnyampah aq tgk klu yg merosak kn bhasa.. bnci.. eiisshh belit2 nak baca.. ORG jd OWG. DUIT jd DUEWIT.. aiyaaaa .. xgtu en 5zol

Unknown berkata...

yg pling 5zol benci psal fb time demam 'login fb dapat duit'... tag gamba duit dkat 5zol... mnyampah tul..

Lina berkata...

hahahaha..klu nak bg duit free xpe jgk kn??

Unknown berkata...

ha ah.. ramai yg trtipu je ngn kes tu..