Insuran. Sebenarnya penting jugak tu tambah-tambah insuran kesihatan. Kita ni pun bukan sentiasa sihat dan berduit. Mana la tahu besok lusa dikejarkan ke hospital atas perkara-perkara rumit dan bil pun mencecah ribuan ringgit. Mana la nak cekau kan? Terpaksa jual rumah, kereta, atau tanah. Itu tandanya kesihatan kita ni lebih berharga dari harta benda. Beli kereta dan motorsikal pun wajib beli insuran. Nasib baiklah beli basikal tak perlu insuran. Kalau tidak, memang anak orang kaya je la yang mampu naik.
Aku ada bertanya member aku selaku penjual insuran. "Insuran kesihatan ni tak cover ke kalau orang putus cinta?" pandai pulak aku bergurau. Bukan apa, orang putus cinta ni pun akan mengalami masalah mental dan fizikal sampai ke tahap ada yang sanggup bunuh diri. Jadi memang patutlah diwujudkan insuran macam tu. Sekurang-kurangnya bila tengok duit, hilanglah sikit penderitaan tu. Wah, bernaskan pemikiran aku? Buaya darat lagi la ambik kesempatan lepas ni. Mencari cinta sambil menjual insuran. Boleh jadi jutawan segera.
Satu lagi insuran yang patut cover ialah bila budak-budak berkhatan. Cedera parah sebenarnya berkhatan ni. Dah la lambat sembuh. Ada yang cakap berkhatan ni berbahaya dan boleh membawa maut. Jadi ibu bapa yang betul-betul sayangkan anak wajarlah membeli insuran sebelum mereka dikhatankan. Duit claim insuran tu boleh la beli ipad ke psp ke atau sebarang mainan sementara budak tu tak boleh berjalan. Kesian dengan budak-budak tu. Makan kena pantang, kalau tidak, bentan la jawabnya.
Insuran seterusnya untuk bebudak yang kantoi exam. Betapa peritnya bila dapat result yang hampeh dan mengecewakan. Rasa nak tikam-tikam je tukang semak jawapan tu. Kalau boleh sekali sekolah atau kampus nak dibakar. Tu tandanya budak kantoi exam ni mengalami tekanan perasaan yang terlampau. Dengan duit yang di claim tu rasanya boleh la hantar bebudak ni bercuti untuk tenangkan fikiran. Dapat la diorang mencari ilham hala tuju hidup diorang lepas ni walau mendapat result yang teruk.
Insuran seterusnya untuk bebudak yang kantoi exam. Betapa peritnya bila dapat result yang hampeh dan mengecewakan. Rasa nak tikam-tikam je tukang semak jawapan tu. Kalau boleh sekali sekolah atau kampus nak dibakar. Tu tandanya budak kantoi exam ni mengalami tekanan perasaan yang terlampau. Dengan duit yang di claim tu rasanya boleh la hantar bebudak ni bercuti untuk tenangkan fikiran. Dapat la diorang mencari ilham hala tuju hidup diorang lepas ni walau mendapat result yang teruk.
10 yang bergurau:
asuransi kesehatan ya?memang penting tuh..
yaa.... penting juga lah untuk kedepan...
haha...kalau cover tuk orang putus cinta,,rasanya abis bankrup dieorang..haha
x pe.. jnji org bahagia..
bab insurans ni . haish -_- tak tahu nak cakap lah . insurans hayat lah apa lah . aduy aduy . tak faham tak faham . keke . :D
btul tuh... tpi insuran yg pling penting untuk khidupan di sana ialah amal ibadah...
amboi en 5zol ... cerita sal insurans plok doh?? hahaha terasa eden.. wehuuuuu ...indurans kesihatan mmg la pnting,skurang2'y ada backup klu masuk hospital,, ble msuk klas 1 lg tau.. only hospital not 4 klinik ye.. wehuuu.. klu berkhatan dan putus cnta dlm insurans blom ada lg, tp nnt la aq buka syarikat insurans sendri bru buat pasal putus cinta dan tuk berkhatan skali, dan cover sum insured mesti la tggi.. hahaha, jd xmudah aq bengkrap. hahaha....
haha... org prtama nk bli nih...
hehhehe btol jugak 2 belanje ps kat adik2 tgh khatan
utk adik2 berkhatan ke utk dayah?
Catat Ulasan