Istilah Wang


Sedang aku belajar tentang e-commerce, aku terbaca sebuah artikel di mana istilah wang ialah apabila dua atau lebih indivdu mempercayai sesuatu benda atau perkara lalu memberikannya nilai. Maknanya wang ni bukan dalam bentuk kertas atau syiling sahaja tetapi meluas. Tidak hairanlah jika sesetengah negara pernah menjadikan kulit siput sebagai mata wang. Majoriti pekerja pun tidak mendapat wang dalam bentuk kertas tetapi dalam bentuk angka di dalam akaun bank. 

Misal kata aku ingin membeli sebuah basikal dengan tin kosong lalu penjual tersebut bersetuju. Bermakna nilai tin kosong itu bersamaan dengan sebuah basikal. Di sinilah konsep dimana dua individu mempercayai sesuatu benda lalu memberikannya nilai. Sebenarnya ini juga adalah persamaan dalam penggunaan wang palsu. Wang palsu tiada nilai tetapi apabila dua individu menjalankan proses jual beli lalu si penjual mempercayai wang tersebut maka ia memberikan wang tersebut nilai. 

Secara globalnya, mata wang di setiap negara ada turun naiknya tetapi majoriti percaya bahawa nilai emas tetap kukuh. Emas boleh dijadikan wang alternatif jika berlakunya kemerosotan ekonomi. Wang kertas yang mempunyai angka ini kemungkinan hanya tinggal kertas kosong sahaja. Ianya berlaku apabila taraf hidup terlalu meningkat. Di Malaysia sendiri wang 1 sen telah dilupuskan dan nilai minima sesuatu barang ditetapkan dengan harga 5 sen ke atas. 

Jika dilihat pada evolusi sistem kewangan ini, ianya memberi kelebihan kepada kita. Contohnya perniagaan online dan perbankan online. Paypal adalah antara sistem perbankan online pertama di dunia dan memberi perkhidmatan secara global. Di Malaysia pula, sistem perbankan online yang berkembang seperti Maybank2u, CIMB Click dan sebagainya dapat permudahkan urusan di dalam negara.













7 yang bergurau:

Unknown berkata...

wang baru Malaysia cantik, duit syiling lebih comel. apapun wang adalah alat jual beli.tq info ya

Papa REN berkata...

istilah omputih ade cakap ' no money, no talking'.. mknanya x de duit, ape pun x kan dapat..

Iqa Zulaika berkata...

thanks for the sharing. nice info about money..

Papa REN berkata...

sama2. duit bukn sgala2nya...

syira berkata...

Teringat belajar sejarah kat sekolah dulu. Memang ada dorg gunakan kulit siput sbg matawang..

And, part yg 'nilai tin kosong itu bersamaan dengan sebuah basikal' tu, good example. Logik jugak bila dipikirkan.

Btw, nice article to be read on.

Papa REN berkata...

trima kasih...5zol sekadar berkongsi...

Pecinta pink^^ berkata...

jo join segmen terbaru saya kalau free,, http://akmaluv90.blogspot.com/2012/05/segmenjom-blogwalking-join-bloglist.html thanx:)