Ada masalah ke kalau lelaki ada teddy bear? Rasanya tak de masalah langsung. Mengikut fakta, lelaki yang mempunyai teddy bear ni lebih romantik. Kalau beristeri pun jarang bertengkar. Lelaki yang dimaksudkan tersebut adalah lelaki normal dan bukan dalam kategori lembut. Lelaki yang mempunyai teddy bear ini pun bukan bererti bersifat keanak-anakkan tetapi lebih kepada sifat penyanyang.
Teddy bear di anggap sebagai rakan oleh kanak-kanak. Berbeza jika ianya dimiliki oleh orang dewasa. Sifat fizikalnya yang comel mampu memberi ketenangan terhadap pemiliknya. Bulu-bulunya yang halus memberi keselesaan jika dipeluk. Jadi, tidak hairanlah jika teddy bear ini dianggap sebagai pengganti haiwan peliharaan dan mampu mempengaruhi psikologi kita. Cuba bayangkan jika kita memiliki teddy bear yang buruk dan mempunyai wajah yang menakutkan? Pasti ada yang takut untuk tidur bersendirian. Ini membuktikan bahawa fakta itu benar.
Sebenarnya aku sendiri ada teddy bear di rumah. Seekor beruang dan seekor bunny. Sebelum ni aku tak minat sangat dengan teddy bear ni malah dari kecil tak pernah diasuh untuk bermain benda tu. Disebabkan kisah aku dengan seorang perempuan la aku mula memiliki bear tersebut. Sepatutnya aku hadiahkan kepadanya tetapi hajatku tidak kesampaian. Dia pun dah berkahwin dan siap dah ada anak. Jadi aku simpan la teddy bear tersebut sebagai kenangan. Yang bunny tu pulak aku dapat masa bermain game di funfair. Walaupun aku ada menyimpan benda-benda macam tu, yang pasti aku takkan pernah bermain dengan patung barbie.
19 yang bergurau:
lelaki yang ada teddy bear lee comel . keke. (:
hahaha,normal apa???? cute kannn
comel n cute... kembang idung 5zol....
hehe . :)
Tak salah pun kalau lelaki suka teddy bear. Darling kitty pun suka main dengan teddy bear. :p
ahaks.... klu barbie doll?
5zol suke barbie doll ke? Ahaha!
Takde masalah pun ,chill :)
hehe... trasa comel diri ini...
saya lagi comel . .haha
eleh..dengki la tu..
ya ampuunn imutnya hahhhaaa :D ahha kayak mister bean ya?pegang tedy bear sana sini.. (hehhe bercanda loh) :D
itu teddy mr bean belum dibeli.. klu dibeli bisa diberi pada Rulita..
comel jer ada teddy bear...ekekeke
haha... waniey pun ckp comel.. malu..
nice tedy bear....
tu ada lagi satu yang besar nape tak masukkan sekali..
Sekadar berkongsi <a href="http://malaysia-classic-motorcycle.kaninchengeschichte.com/index.php/title?blog=1><b>Suatu ketika - di memoriku masih segar</b></a>
hah... mane yg besar lgi? kecik je smua yg ada...
comel nye 5zol punye teddy bear...
nurul pun comey....
Catat Ulasan