Perit rasanya bila terlalu hampir dengan ajal. Begitulah yang terjadi padaku dua tahun yang lalu selepas diserang demam denggi. Aku dimasukkan ke hospital pada malam hari lahirku dan kebetulannya besoknya adalah hari perkahwinan abangku. Teringat pula kata-kata cikgu aku dulu bahawa hari kelahiran mungkin akan bertukar menjadi hari kematian seseorang.
Badanku lemah dan mukaku pucat. Beberapa hari sebelum tu aku demam di hostel. Aku sangka demam biasa dan mungkin akan sihat selepas makan panadol. Aku pulang ke kampung pun untuk hadiri majlis perkahwinan abang aku. Melihat keadaan demamku yang semakin teruk, aku dihantar ke klinik untuk rawatan dan di situlah aku disyaki menghidap demam denggi. Doktor tersebut mengarahkan aku dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan.
Sepanjang dihospital, sampel darahku diambil berkali-kali untuk pengujian. Mak aku yang menjaga aku turut tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan abangku. Hanya ayah aku dan saudara terdekat yang hadir. Aku mengerti perasaan family ku tapi qada dan qadar tak dapat dielakkan. Terus terang aku terasa bersalah dengan apa yang terjadi.
Saat paling kritikal bila mataku terus gelap. Suara hati mengatakan mungkin ajalku telah tiba dan kemudiannya aku langsung tidak sedarkan diri. Aku tersedar setelah dikejutkan doktor. Melihat sekeliling, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Seminggu juga aku dimasukkan ke hospital dan aku mengambil masa hampir 2 bulan untuk sihat sepenuhnya. Mungkin terdapat hikmah atas kejadian ini dan tugasku didunia masih belum selesai. Aku nasihatkan sama-samalah kita menjaga kebersihan. Beringat sebelum kena.
10 yang bergurau:
Aii kesian you 5zol. Camna bleh tkena demam denggi tu?
Nasib baik la Tuhan masih panjangkan umo 5zol. Tuhan tu nak bagi 5zol second chance.
kawasan condo hostel 5zol dlu kotor.. x sangka plak nk kena...
Alhamdulillah..Allah swt masih beri faizol peluang kedua utk terus hidup..
yup... pluang tu 5zol akn gunakn sebaik mungkin....
smga shat hndaknya :-)
harap2 bgitulah... doakan yg trbaik dan ksihatan adalah nikmat yg di beri oleh-Nya...
kebersihan tu pntg.. lepas ni berjaga2 k.. n take care of ur self.. bersyukur lah faizol masih di beri peluang hidup.. =)
kbersihan tu smua kena mainkan pranan, kalau kita sndiri menjaga kbersihan tpi masyarakt skeliling tidak maka si Aedes ttp mmbiak.
Hurm Alhamdulillah 5zol masih diberi kesempatan utk hidup bukan spt mangsa2 lain :)
Selagi belum ditakdirkan untuk pergi...
Catat Ulasan