Masa baru belajar blogging banyak benda yang aku terfikir. Macam mana nak tambah followers dan trafik ke blog? Mampu ke blog aku berdiri untuk tatapan pembaca atau sekadar syok sendiri? Jadi aku memulakan pencarian dari pelbagai tips dan artikel. Secara kebetulan aku blogwalking ke blog seseorang dan disitulah aku terjumpa aplikasi shoutbox dari fibox. Fungsi shoutbox yang diletakkan sebagai gadget itu menarik perhatian aku dan aku terus ke laman tersebut untuk mendapatkannya. Agak malang kerana ketika itu fibox mengalami masalah untuk mendaftar. Namun begitu, laman fibox tetap menjadi perhatian untuk aktiviti blogging aku. Mengapa? Biar aku jelaskan.
Menariknya, di laman fibox juga terdapat shoutbox yang menjadi tumpuan para bloggers untuk melepak dan bertukar pendapat. Sebagai seorang blogger yang baru nak up, pada mulanya aku hanya menegur. Alhamdulillah semua bloggers disitu spoting. Mungkin ada seorang dua yang bersikap kurang menyenangkan apabila ternampak blogger baru. Tapi itu perkara biasa. Dari situlah aku mendapatkan 30 followers pertama dalam masa satu hari dengan menggunakan konsep 'u follow i follow'. Barulah blog aku lebih stabil dan mula mendapat komen di entry. Ini adalah permulaan yang baik. Setelah mendapatkan 30 followers pertama, aku mula mendapat followers yang follow secara ikhlas tanpa mengharapkan follow semula.
Seperkara yang lebih unik di mana laman fibox bukan sahaja dilayari oleh Bloggers Malaysia, malah turut menjadi tumpuan Bloggers Indonesia dan Brunei. Bahasa pengantar utama yang digunakan ialah Bahasa Malaysia. Pelbagai cerita, ilmu pengetahuan, gurauan dapat di kongsi bersama. Nickname aku iaitu 5zol mula menjadi trademark di fibox dan mula mendapat tempat di dunia blogging. Di shoutbox fibox juga terdapat kemudahan link exchange dengan meletakkan link blog terus pada nickname yang digunakan. Bermakna, bloggers lain boleh terus blogwalking ke blog kita dengan hanya klik pada nickname tersebut. Secara tidak langsung ianya berkesan untuk menambah trafik ke blog kita.
Sebenarnya dari tarikh aku menulis entry ni, baru 4 minggu aku serius berblogging. Amature lagikan? Tapi itu bukan satu penghalang untuk aku berkongsi sedikit tips pada bloggers baru. Sedikit sebanyak ianya dapat membantu mereka. Di sini aku kongsikan link terus ke Fibox . Pada bloggers baru, teruskan usaha dan jangan cepat mengalah. Apa sahaja entry yang kita buat kongsikan sahaja sebab itu adalah luahan dari kita. Melainkan jika entry tersebut adalah copy paste, ramai tidak suka untuk membacanya.
9 yang bergurau:
nurul x nak gurau...haha...disebabkan fibox lah...nurul jumpa 5zol kan...kan..kan..
ha ah... harap2 fibox leh berthn lama kan...
saya suka baca info camni, TQ 5zol
sama2 EVA.. harap2 sdikit sbyk bley mmbantu...
bagos tips ni.. serba sedikit membantu! singgah sini tgk faizol! :D
makasih sudi singgah lagi Niswatus
amboi puji diri sendiri nmpak...hakhakhak
http://komik2malaysia.blogspot.com/
biasa la tu
try pingnw.com untuk tambah traffik secara percuma
Catat Ulasan