Untukmu Ibu




Tahun ini aku telah memberi hadiah yang teristimewa buat ibuku. Anak yang dibesarkan dengan susah payah ini   telah membawa pulang segulung ijazah. Mungkin aku tidak terlalu hebat di mata dunia tetapi pada ibu, akulah yang terbaik. Syurga di bawah telapak kaki ibu tetapi ibu tidak pernah menyuruhku bersujud padanya. Malah aku didukung, dicium dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

Teringat lagi pada hari pertamaku dihantar ke universiti. Terlalu berat dan sedih untuk ibu melepaskanku sehingga menitiskan air mata. Pada majlis graduasiku, sekali lagi ibu menitiskannya  tetapi dengan membawa maksud berlainan. Aku tahu ibu terlalu gembira. Ketika aku naik ke pentas, mungkin ibu ingin melompat lalu ingin terus memelukku tetapi perasaan itu dikawal sehingga tamatnya majlis.

Mungkin aku telah terlupa saat terakhir aku disusukan. Tetapi darah yang mengalir ini telah sebati dengan susumu. Jiwa ini juga mendakap erat kasihmu yang abadi. Biar senakal manapun diriku, dirimu tidak pernahku  lupakan. Ibu, ketabahan dan kecekalanmu dalam membesarkanku pasti merupakan dugaan yang terbesar dalam hidupmu. Aku bersyukur kerana ibu masih ada untuk melihat kejayaanku. Ibulah nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikan kepadaku bahkan aku lebih beruntung dari Rasulullah S.A.W dimana baginda telah kehilangan ibunya ketika kecil.

Sebelum ini, ibu mahukan aku menjadi seorang doktor. Adakah aku telah derhaka kerana tidak mampu memenuhi impian ibu? Impian ibu bukanlah cita-citaku. Walaupun impian ibu tidak tercapai, aku masih mampu menjaga ibu ketika sakit dan merawat ibu ketika demam. Aku juga sehebat doktor yang terlatih. Di latih dari bakti dan ehsan mu. Bahkan juga dari kemuliaanmu. Selamat hari ibu untuk ibuku.


11 yang bergurau:

Akemal berkata...

tahniah!!!!!! sejuk perut ibu mengandung.. ^^

Papa REN berkata...

makasih

Anis Samik berkata...

errr...nak nangis bila baca.. menyentuh! btw, tahniah ye faizol! semoga sentiasa menjadi anak yang soleh dan taat! :D

Papa REN berkata...

insyallah..

Ana Najwa Muhit berkata...

Tahniah ye .Semoga saudara terus berbakti dengan keluarga ,terutama ibu saudara kerana syurga di bwh telapak kaki beliau :)

Papa REN berkata...

trima kasih najwa

BlogspotUnisainsgirls berkata...

Tahniah 5zol ^_^

Papa REN berkata...

trima kasih unisainsgirls

mimi berkata...

Tahniah...sronok rasanya....tumpang gembiraje kak mimi nie

Papa REN berkata...

trima kasih ye..

Bunda_nora berkata...

kalau semua anak punya hati macam faizol ni dah tentu takder istilah anak derhaka..tahniah..