Tahun ini aku telah memberi hadiah yang teristimewa buat ibuku. Anak yang dibesarkan dengan susah payah ini telah membawa pulang segulung ijazah. Mungkin aku tidak terlalu hebat di mata dunia tetapi pada ibu, akulah yang terbaik. Syurga di bawah telapak kaki ibu tetapi ibu tidak pernah menyuruhku bersujud padanya. Malah aku didukung, dicium dan dibelai dengan penuh kasih sayang.
Teringat lagi pada hari pertamaku dihantar ke universiti. Terlalu berat dan sedih untuk ibu melepaskanku sehingga menitiskan air mata. Pada majlis graduasiku, sekali lagi ibu menitiskannya tetapi dengan membawa maksud berlainan. Aku tahu ibu terlalu gembira. Ketika aku naik ke pentas, mungkin ibu ingin melompat lalu ingin terus memelukku tetapi perasaan itu dikawal sehingga tamatnya majlis.
Mungkin aku telah terlupa saat terakhir aku disusukan. Tetapi darah yang mengalir ini telah sebati dengan susumu. Jiwa ini juga mendakap erat kasihmu yang abadi. Biar senakal manapun diriku, dirimu tidak pernahku lupakan. Ibu, ketabahan dan kecekalanmu dalam membesarkanku pasti merupakan dugaan yang terbesar dalam hidupmu. Aku bersyukur kerana ibu masih ada untuk melihat kejayaanku. Ibulah nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikan kepadaku bahkan aku lebih beruntung dari Rasulullah S.A.W dimana baginda telah kehilangan ibunya ketika kecil.
Sebelum ini, ibu mahukan aku menjadi seorang doktor. Adakah aku telah derhaka kerana tidak mampu memenuhi impian ibu? Impian ibu bukanlah cita-citaku. Walaupun impian ibu tidak tercapai, aku masih mampu menjaga ibu ketika sakit dan merawat ibu ketika demam. Aku juga sehebat doktor yang terlatih. Di latih dari bakti dan ehsan mu. Bahkan juga dari kemuliaanmu. Selamat hari ibu untuk ibuku.
11 yang bergurau:
tahniah!!!!!! sejuk perut ibu mengandung.. ^^
makasih
errr...nak nangis bila baca.. menyentuh! btw, tahniah ye faizol! semoga sentiasa menjadi anak yang soleh dan taat! :D
insyallah..
Tahniah ye .Semoga saudara terus berbakti dengan keluarga ,terutama ibu saudara kerana syurga di bwh telapak kaki beliau :)
trima kasih najwa
Tahniah 5zol ^_^
trima kasih unisainsgirls
Tahniah...sronok rasanya....tumpang gembiraje kak mimi nie
trima kasih ye..
kalau semua anak punya hati macam faizol ni dah tentu takder istilah anak derhaka..tahniah..
Catat Ulasan